Monday, August 31, 2015

A year in the life of a medical student #4 Dept of Public Health

Beranang, Selangor.


"Public health refers to all organized measures (whether public or private) to prevent disease, promote health, and prolong life among the population as a whole. Its activities aim to provide conditions in which people can be healthy and focus on entire populations, not on individual patients or diseases. Thus, public health is concerned with the total system and not only the eradication of a particular disease." - WHO


Selain O&G, surgery, internal medicine.. posting seterusnya adalah di Jabatan Kesihatan Masyarakat (Department of Public Health, or Community Medicine). Untuk posting ini, pelajar-pelajar akan ditempatkan di Pusat Latihan Kesihatan Masyarakat (PULAKEM) Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di Beranang, Selangor, selama tujuh minggu. Suasananya cantik, tenang, dan berangin.. cuma sedikit panas. Di sekitarnya terdapat kampung-kampung yang mempunyai pemandangan yang cantik dan juga penduduknya yang mesra dan ramah. Pelajar berpeluang untuk berasa 'dekat' dengan masyarakat, sesuai dengan posting ini yang mana tujuannya untuk mendedahkan pelajar kepada kesihatan masyarakat. Di PULAKEM, pelajar tak perlu pergi ke wad untuk clerk pesakit setiap hari seperti di PPUKM, sebaliknya pergi ke klinik desa, klinik kesihatan, hospital, dan pejabat kesihatan daerah.


----------


Pelajar akan digroupkan kepada kumpulan kecil, sekitar dalam 9-10 orang pelajar, dan akan ada seorang lecturer yang di assign as a supervisor. Minggu pertama selalunya dipenuhi dengan kuliah-kuliah mengenai public health. Kemudian barulah pelajar akan diberi tugasan masing-masing mengikut kumpulan. Antara tugasan tersebut termasuklah assignments untuk seminar, proposal presentation, intervention day, etc. Ramai yang berpendapat posting ini lebih santai berbanding yang lain, fasa honeymoon katanya. Namun setelah saya sendiri melaluinya, tak adalah honeymoon sangat sebenarnya, study perlu juga. Jangan disebabkan kesantaian tersebut, maka adik-adik pun 'tertarik' untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat sehingga lupa untuk mengulangkaji pelajaran, terutamanya bagi yang JKM merupakan posting keduanya (sebelum semester exam). Gunakan masa yang terluang itu untuk prepare for your upcoming exams.

Posting ini juga mendedahkan kita untuk berkomunikasi dengan masyarakat awam. This builds up your communication skill. Kerana pelajar akan pergi ke klinik untuk melakukan tugasan dan berpeluang untuk berbicara dengan pesakit-pesakit yang datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Selain itu, pelajar juga akan pergi ke Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat untuk mendengar kuliah mengenai kesihatan awam dan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan persekitaran serta apa peranan kita sebagai future doctors dalam mengatasi masalah-masalah tersebut. Pada minggu ke-5 atau ke-6 posting, sebuah intervention day akan diadakan which organised by the students. Secara basisnya, program ini diadakan untuk mengumpulkan penduduk setempat dan akan ada pemeriksaan kesihatan percuma serta aktiviti-aktiviti lain yang dapat memupuk kesatuan masyarakat. Secara peribadi, program ini sangat menarik dan memberi kepuasan kepada saya kerana saya berpeluang untuk melakukan sesuatu untuk mereka. Sekurangnya, saya punya sesuatu untuk disumbangkan demi kepentingan orang lain. Alhamdulillah.

Satu elemen penting semasa berada di posting ini ialah saling bekerjasama. Oleh kerana banyak tugasan yang di assign bagi setiap kumpulan, maka adalah sangat wajar untuk setiap pelajar berfikir secara rasional, proaktif, bertimbang rasa, dan bertanggungjawab. Saya sudah banyak kali mendengar kawan-kawan mengeluh tanda kecewa dengan teammates masing-masing kerana terdapat segelintir di antara mereka yang berlepas tangan dan tidak memberikan komitmen yang sepatutnya untuk melancarkan tugasan yang diberikan. Maka, banyak benda yang kita boleh belajar daripada bekerja dengan orang lain -- memerlukan kesabaran, ketabahan, kekuatan, dan pengorbanan. Insha' Allah, saya percaya adik-adik semua mampu lakukan yang terbaik dan sensitif terhadap kepentingan akan peranan masing-masing. Ganbatte!

Jika mengenai makan, setiap tengahari dan malam akan ada van atau bas yang disediakan untuk membawa pelajar ke kedai makan di sekitar kawasan PULAKEM. Tiada kedai di dalam kawasan kolej, hanya ada dapur untuk pelajar memasak (sesiapa yang suka masak suka la tu) dan juga meja berserta kerusi untuk makan. Di kantin juga selalu digunakan untuk membuat discussion mengenai tugasan by group. Prasarana lain juga ada seperti surau, klinik (bilik diskusi), basikal, set badminton, etc. Aktiviti yang paling kerap saya lakukan ia menaiki basikal pusing kampung. Sambil exercise sambil menikmati keindahan alam ciptaanNya.

Sepetang berbasikal di Beranang, Selangor.


Setelah kesemua empat posting ditempuh, maka tamatlah tahun 3. Apa yang penting, selalu.. selalu ingatkan diri, betulkan niat balik mengapa kita berada di sini sebagai pelajar perubatan, apakah kerana kita ingin menjadi doktor dengan bergaji besar, atau kerana ingin membuka klinik/hospital sendiri kelak, atau kerana ibubapa/family yang nak tengok kita jadi doktor, atau bagaimana? Apa yang penting, niatkan dalam hati kita nak menuntut ilmu perubatan kerana Allah, kerana kita ingin menjadi seseorang yang bermanfaat untuk orang lain. Insha' Allah andai niat kerana Allah, segala usaha dan penat lelah yang dirasai dikira sebagai ibadah kepadaNya. Lakukan yang terbaik dan bertawakallah kepadaNya setelah berusaha. Allah mempunyai perancanganNya untuk kita, teruskan langkah.. dan jangan pernah lupakan Allah.

Allah yuftah 'alaykum, insha' Allah.




No comments:

Post a Comment