Tuesday, August 11, 2015

A year in the life of a medical student #2 Dept of Surgery

Department of Surgery atau Jabatan Pembedahan, bunyinya macam menggerunkan. Kalau tanya saya perkara pertama yang terlintas di fikiran bila dengar perkataan pembedahan ialah.. bedah orang la kan. Hehe. Ada yang nak jadi surgeon? Ramai kawan-kawan saya menggelarkan surgeons adalah antara doktor-doktor yang cool dan tak emotional. Samada ini fakta atau auta saya sendiri tak pasti. 

Di PPUKM, ada banyak specialties dibawah Jabatan Pembedahan itu sendiri antaranya termasuklah general surgery, upper gastrointestinal (GI) and bariatric surgery, colorectal surgery, neurosurgery, cardiothoracic surgery, urology surgery, vascular surgery, breast and endocrine surgery, hepatobiliary-pancreatic surgery, paediatric surgery, ophthalmic surgery, and plastic and reconstruction surgery. Pada minggu pertama posting surgery, pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (3 orang pelajar) dan setiap group ada seorang supervisor (specialist atau consultant), dan juga setiap tiga kumpulan akan digroupkan bersama. Bila doktor nak buat kelas, ada kelas supervisor kita, ada juga kelas daripada mana-mana doktor (supervisor) yang menjaga tiga group tadi. Oleh kerana batch saya ramai, pelajar-pelajar dari Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) ditempatkan di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah untuk posting ini. Kiranya pelajar AUCMS berada di Jabatan Pembedahan PPUKM pada minggu pertama dan ketujuh posting, dan pada waktu inilah jadual pack dengan lectures daripada pelbagai team specialties yang saya nyatakan sebelum ini.

Saya ditempatkan bersama team upper GI and bariatric surgery. Barangkali ada yang tidak tahu apa yang dimaksud dengan 'bariatric', ia merupakan disiplin yang handle kes-kes berkaitan obesity. Sebelum memulakan hari pertama di jabatan ini, saya sempat bertanya pada kawan-kawan yang sudah melalui posting ini terutamanya yang juga dari team upper GI, ada cakap ia penat sikit berbanding team lain. Saya sebenarnya berharap untuk dapat team yang lebih 'santai', kerana semasa O&G saya ditempatkan di wad yang agak 'sibuk'. Jadi saya pun berharap la kan. Tapi dengan izin Allah, saya dapat team yang boleh tahan 'sibuk' juga. Nak dikatakan bila saya reflect balik, sepatutnya saya bersyukur kerana ia untuk kebaikan saya juga, mana-mana team pun sama. Alhamdulillah, sepanjang tujuh di Jabatan Pembedahan saya sebenarnya selesa dan gembira. Dalam team tersebut terdapat pelajar tahun 3 dan tahun 5. Kami juga diberikan tugasan untuk cover bed pesakit under upper GI, dan kami bahagikan katil antara kami. Jadi selalunya setiap katil ada dua pelajar, senior dan junior. Tak perlu risau sangat sebab tahun 3 masih baru dan boleh minta tolong senior untuk ajar dan tunjukkan apa-apa yang perlu. Kami disuruh oleh specialists untuk join ward round setiap pagi dan petang. Saya paling suka join ward round bersama doktor-doktor, sebab dari situ saya boleh dapat perbincangan ilmiah diantara mereka, yang mana sambil mendengar kita boleh berfikir sambil belajar.

Antara kes-kes yang ditempatkan under upper GI adalah appendicitis, peptic ulcer disease, intestinal obstruction, inguinal hernia, oesophageal cancer, stomach cancer, etc. Manakala untuk bariatric surgery selalunya melibatkan pesakit yang super obese yang mana menjalani pembedahan untuk mengurangkan berat badan dengan prosedur sleeve gastrectomy iaitu mengecilkan saiz stomach (kantung makanan) dengan memotong sebahagiannya. Kini alat pembedahan juga sudah canggih, selalunya ketika pembedahan pakar bedah menggunakan kaedah laparoscopic dengan memasukkan kamera ke dalam badan. Dengan cara ini potongan juga lebih pendek dan kecil serta ia lebih cepat sembuh. Untuk team lain ada kes-kes tertentu mengikut specialty masing-masing, antaranya thyroid tumor, breast cancer, diabetic gangrene, acute limb ischaemia, abdominal aortic aneurysm, leg ulcer, varicose vein, cholangitis, hepatocellular carcinoma, cholecystitis, biliary obstruction, pancreatitis, colorectal tumor, rectal ulcer, hemorrhoid, renal calculi, renal tumor, benign prostatic hyperplasia, etc.


Found on themetapicture.com

----------


Supervisor saya ialah Miss Reynu, an upper GI dan bariatric surgery specialist. Di hospital, pakar-pakar bedah ada title special iaitu 'Mr.' untuk male surgeon dan 'Miss' untuk female surgeon. Sepanjang posting Miss banyak mengajar saya dan dua orang teman lain. Beliau suka explain sampai kami faham dan sangat sporting. Walaupun begitu saya tak terlepas dari ditegurnya hingga beliau pernah berkata, "..among your other two friends, you're the one whom I am so worried..", fuh, menikam juga apa yang diperkatakannya. Namun saya ambil positif nasihat itu dan cuba buat yang terbaik. Secara jujurnya, ketika berada di hospital, walau kena marah macam mana pun, dengan mana-mana doktor pun, saya cuba bersangka baik dan bersikap positif kerana saya tahu mengapa mereka begitu dan sudah pasti kerana mereka ingin melihat kita berjaya. Kerana kita pelajarnya. Jika join kliniknya, beliau akan suruh saya mencari sekurang-kurangnya satu kes (dalam kalangan pesakit yang datang pada hari itu) untuk dibentangkan dihadapannya. Di sini perlu ada berani untuk approach pesakit dan ambil sejarah penyakitnya. Selepas present case, beliau akan tanya mengenai penyakit itu dan akan ada perbincangan antara kami. Jika Miss ada hal lain dan tak dapat join klinik, saya mengambil peluang untuk join doktor yang lain seperti Mr Mustapha. 

Setiap hari Selasa, selepas ward round, saya dan kawan-kawan akan bergegas ke operating theatre (OT), kadang-kadang breakfast dulu kalau belum. Dalam dewan bedah, sesiapapun kena memakai pakaian khas dipanggil scrubs. Di PPUKM, bagi muslimah boleh memakai tudung berwarna kelabu dan ia mestilah dikhaskan untuk OT. Kerana OT adalah tempat yang sterile. Sepanjang berada di OT, antara prosedur pembedahan yang saya berpeluang untuk observe adalah laparoscopic appendicectomy, sleeve gastrectomy, transabdominal pre-peritoneal (TAPP) inguinal hernia repair, small intestine resection surgery. Pernah ada prosedur thoracoscopic resection for oesophageal cancer, tapi saya tidak berpeluang untuk observe. Menarik dan hebat. Pelajar juga boleh join operation daripada team lain, tapi kenalah bahagikan turn, jika terlalu ramai dalam OT nanti ditegur pula. Fair and square. Biar semua orang rasa.

Pada hari Khamis, kami pergi ke bilik endoskop untuk observe registrar (doktor yang sedang buat specialty) atau pakar sendiri untuk membuat prosedur endoskopi seperti oesophagogastroduodenoscopy (OGDS) atau colonoscopy pada pesakit. OGDS dibuat untuk melihat keadaan saluran esophagus dan perut, kebanyakan pesakit yang datang adalah mereka yang menghidap gastritis dan juga mengambil biopsy for Helicobacter pylori (H. pylori) test yang selalunya menyebabkan peptic ulcer disease. Selain itu saya juga dapat melihat prosedur colonoscopy atau sigmoidoscopy bagi melihat keadaan pada rektum dan usus besar jika ada sebarang patologi seperti cyst, nodule, ulcer, or tumor. Pernah saya membantu Mr Mustapha melakukan OGDS dengan memegang cangkuk alat itu untuk mengambil biopsy dan buat H. pylori test. Tapi pergi ke bilik endoskop juga bukan bersahaja, doktor ada expectation dan nak lihat kita rajin baca kes dan faham mengapa kita buat prosedur itu. Kena bersiap sedia 'diserang' dengan soalan-soalan cepumas (ehh?).

Untuk kuliah, surgeons yang bagi lecture semua best. Ada yang jenis suka bertanya. Ada yang sempoi habis. Apa-apa pun yang penting respect mereka dan jangan cari fasal. Ada hari di mana terdapat seminar radiologi, pelajar boleh saja nak join melihat perbincangan current cases kat wad. Kadang ada juga doktor dari team saya yang ajak ke Jabatan Onkologi untuk melihat pesakit upper GI yang ditempatkan di sana. Boleh jadi juga kes under team kita yang ditempatkan di wad urology atau ophthalmology, itu pun jika wad pembedahan 1 dan 2 penuh. Jadi kalau kena cover bed, carilah kes under team kita di semua wad. Nanti doktor tanya tak adalah terkapai-kapai. Setiap minggu juga ada on-call untuk setiap team. Jadi kena stay di hospital sampai malam tapi untuk pelajar tak adalah sampai esok pagi, dalam pukul 10 dah boleh balik kalau doktor benarkan.


----------


Found on netvibes.com

Macam mana surgery? Mencabar kan. But then no worries, saya personally rasa surgery memang terbaik!



Untuk junior-junior saya:

No comments:

Post a Comment