Wednesday, August 12, 2015

A year in the life of a medical student #3 Dept of Internal Medicine

Found on young-archeologist.tumblr.com

"Internal medicine physicians are specialists who apply scientific knowledge and clinical expertise to the diagnosis, treatment, and compassionate care of adults across the spectrum from health to complex illness." - American College of Physicians


Department of Internal Medicine atau Jabatan Perubatan Dalaman merupakan satu disiplin kepakaran yang melibatkan hampir keseluruhan organ-organ dalaman. In my humble opinion, disiplin ini ialah antara yang paling penting di sesebuah hospital. Perubatan Dalaman boleh dikatakan hampir sama dengan disiplin di Jabatan Pembedahan, cuma bezanya pakar perubatan dalaman merawat pesakit lebih kepada medical treatment (rawatan ubatan), manakala pakar bedah merawat dengan surgical treatment (rawatan pembedahan). Kedua jabatan ini saling melengkapi antara satu sama lain, sering berlaku referral. Contoh referral ialah apabila terdapat kes seorang pesakit mengidap heart valve disease (masalah injap jantung), kerap berulang alik ke wad perubatan, kemudian cardiologist (pakar jantung) membuat keputusan untuk menggantikan injap yang rosak dengan prosthetic heart valve (injap jantung palsu/tiruan), jadi mereka akan refer kepada cardiothoracic surgeon (pakar bedah kardiotorasik) untuk melakukan pembedahan tersebut. Nampaklah di sini hubung kait antara internal medicine and surgery. For your information, cardiologist ialah pakar jantung yang berada di bawah Jabatan Perubatan Dalaman, manakala cardiothoracic surgeon ialah pakar bedah kardiotorasik. yang berada di bawah Jabatan Pembedahan. Kedua-duanya merupakan disiplin yang melibatkan jantung, cuma gerak kerja sedikit berbeza. Jangan confused pula. 

**Internal medicine physician is also known as an internist.
**Cardiothoracic surgeon is involved in surgical treatment of diseases affecting organs inside the chest.



----------


Untuk pelajar perubatan tahun 3 di PPUKM, pembahagian posting akan dibuat mengikut semester, setahun ada dua semester; samada dapat O&G and surgery, atau internal medicine and public health (JKM). Itulah couple posting untuk setiap semester. Jadi tak jadi masalah mana-mana dulu pun, sama saja, sebab surgery and internal medicine lebih kurang sama basic nya. Di jabatan ini juga terdapat banyak team mengikut specialty masing-masing seperti cardiology, respiratory, gastroenterology, nephrology, hematology, rheumatology, neurology, endocrinology, and dermatology. Kalau nak exam perasaannya macam kena khatamkan satu buku Kumar and Clark's Clinical Medicine, atau Davidson's Principles and Practice of Medicine, atau Harrison's Principles of Internal Medicine. Fuh. Pada pendapat saya yang paling utama ialah kita faham pathophysiology penyakit dan dapat relate dengan clinical manifestations pada pesakit.

Wad Perubatan Dalaman berada di tingkat 6 bangunan utama PPUKM, atau nama barunya Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Terdapat enam wad, dari wad perubatan 1-6.

Wad Perubatan 1 - cardiology (jantung)
Wad Perubatan 2 - respiratory (paru-paru)
Wad Perubatan 3 - hematology (darah)
Wad Perubatan 4 - nephrology (buah pinggang), rheumatology (sendi)
Wad Perubatan 5 - neurology (saraf), endocrinology (endokrin), dermatology (kulit)
Wad Perubatan 6 - acute ward: kes-kes baru, bercampur specialty 


**untuk kes-kes di bawah jabatan ini tersangaaaatlah banyak. Nanti buka study guide year 3 :D


Found on etsy.com


Di posting ini juga bergantung kepada supervisor (internist). Ada sesetengah yang suruh pelajar-pelajarnya join ward round pada setiap pagi. Ada juga yang tak. Advantage untuk mereka yang join ward round sebab sentiasa alert dengan kes-kes di wad dan tahu apa yang berlaku pada pesakit. Namun begitu, tidak bermaksud yang tak join itu tak alert. Kalau rajin pergi ke wad, clerk patient dan baca bed head ticket (BHT) insha' Allah alert juga. Kebanyakan pesakit terdiri daripada warga tua, dan ada yang berbulan lamanya ditahan wad. Jika di reject ketika nak approach untuk clerking, jangan mudah tersinggung sebab kita kena faham keadaan pesakit, terutamanya pesakit tua. Emotional labile. Saya banyak kali di reject, tapi nak buat macam mana barangkali sebelum ini sudah ramai pelajar yang clerk mereka dan penat nak jawab benda yang sama. Jadi kena banyak sabar. Why not pergi in a group rather than alone, it is better. Kalau nak buat physical examination kena ada chaperone (peneman), terutamanya ketika melibatkan pesakit yang berlainan jantina. Ini merupakan one of the medical ethics yang bukan saja patut dipatuhi oleh pelajar, tetapi juga doktor. Selain itu, boleh juga kalau nak bantu nurse ambil darah, gula, atau apa-apa prosedur lain yang terdapat dalam logbook. Prosedur yang ada dalam logbook samada to be done, or to be observed.

Setiap hari Rabu pagi akan diadakan Clinical Pathologic Conference (CPC) di Auditorium PPUKM. Conference ini disertai oleh doktor-doktor dan pelajar-pelajar perubatan tahun 3 hingga 5. Wakil doktor perubatan dari department tertentu akan membuat case presentation dan seterusnya akan ada sesi soal jawab dan perbincangan di antara doktor dan pelajar. Di posting ini juga saya berpeluang ke bilik endoskop untuk observe bronchoscopy (prosedur memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan sehingga paru-paru), OGDS, and colonoscopy. Saya ingat lagi semasa saya dan kawan-kawan sertai prosedur bronchoscopy, ada seorang specialist suruh kami summarize kes patient yang sedang berada di dalam bilik itu, tetapi disebabkan kami agak lewat, tak sempat untuk membuka file pesakit. Dari riak wajah nampak seakan beliau kecewa dengan kami, dan kami disuruh untuk keluar bilik untuk bertanya pada anak pesakit tentang masalah bapanya. Kemudian, kami masuk semula ke dalam bilik bronchoscopy dan beliau terus 'serang' dengan soalan bertubi-tubi. Kami diberi satu keping ECG dan interpret. Pleural effusion secondary to congestive cardiac failure - kes pesakit tersebut. Kemudian beliau explain dan nasihat kami. Rasa semangat kot kena nasihat dengan doktor. Hehe. Berkobar-kobar rasanya selepas itu. Doctors di PPUKM memang suka beri nasihat, sebagaimana dosen-dosen (lecturers) di UNPAD.

Setiap hari Isnin dan Khamis terdapat workshop mengikut sistem. Kind of like a seminar, akan ada discussion antara doktor (specialist) dan pelajar. Terus terang, workshop ini sangat membantu bukan saja untuk menambahkan kefahaman, tetapi juga membantu dalam peperiksaan. Jadi adik-adik nanti concentrate waktu worskhop okay? Hehe. Kalau tak faham angkat tangan tanya, atau kalau rasa excited sangat nak jawab pun angkat tangan atau keluar saja ke hadapan. Tiadalah istilah malu dalam menuntut ilmu, walaupun kadang-kadang saya segan juga nak ke hadapan. Tapi bila fikir balik sampai bila kan? In the future memang kita kena berani dan outstanding untuk menjadi seorang doktor yang berjaya, insha' Allah. Untuk MDUKMUNPAD, buktikan yang adik-adik juga mampu bersaing dengan pelajar MDUKM dan MDAUCMS. Walaupun ada yang kata MDUKMUNPAD tidak as best as MDUKM, bagi saya semua sama saja. Ia bergantung kepada usaha masing-masing semasa tempoh klinikal. Dan perlu diingatkan pre-clinical dan clinical adalah berbeza. Kena balance both antara teori dan praktikal. Dengan izin Allah kita semua mampu buat yang terbaik.

Supervisor saya ialah Dr. S Ravih who specializes in nephrology. Selaku ketua kumpulan kecil, sayalah yang selalu contact beliau untuk arrange sebarang kelas. Beliau sangat suka tanya soalan, trigger kami untuk berfikir, dan explain (kalau kami memang betul-betul buntu). Banyak sangat ilmunya yang dikongsikan bersama kami. Beliau juga suka nasihatkan kami, dan pernah beliau text saya (sewaktu itu sudah habis posting IM), "Please give me a call if you need extra teaching especially for short case." He was very concerned and I thanked him very much for being so kind. Selain daripada kelas supervisor, saya juga sertai kelas tambahan yang diadakan oleh Prof. Shahrir, pakar rheumatology. Prof sangat baik dan concerned dengan kami pelajar-pelajarnya. Beliau sanggup meluangkan masanya untuk kami dengan harapan kami lulus dan berjaya. Hanya Allah yang mampu membalas budi baiknya. Insha' Allah.


Found on etsy.com

----------


Sepanjang tujuh minggu berada di jabatan ini, banyak kenangan yang sukar dilupakan yang saya peroleh bersama pesakit dan salah satu antaranya adalah apabila saya berasa risau dan resah apabila melihat pesakit yang saya sedang follow-up untuk case write-up (case: congestive cardiac failure and chronic obstructive pulmonary disease) tiada di katil biasanya. Saya selalu jumpa dan bersembang dengan uncle itu. Bila saya tengok katilnya kosong, tag nama juga tiada, saya pergi ke kaunter untuk bertanya pada nurse, kemudian dia cakap mungkin pesakit itu di transfer ke wad lain, lalu saya mengambil buku keluar-masuk wad, mencari namanya. Cardiology Care Unit (CCU).. uncle itu berada di CCU. Saya terus bergegas untuk melihatnya, dan keadaannya pada waktu itu tachypneic (excessively rapid breathing). Saya hanya sempat senyum padanya kerana keadaan ketika itu tidak mengizinkannya untuk bercakap. Jujur, saya berharap uncle itu cepat sembuh. Pesakit itu bukanlah sekadar pesakit, akan tetapi dialah guru yang mengajar kita. Dengan masalah kesihatannya, kita belajar tentang penyakit itu dan cara merawatnya. Jadi, jangan pernah sesekali sombong dengan pesakit, tetapi hormati dan santunilah mereka. Tanpa pesakit, kita tidak akan mampu menjadi seorang doktor yang baik. Allahu a'lam.



No comments:

Post a Comment