Sunday, August 9, 2015

Medicine - the road taken.

Salam 'alaik.

Selepas pulang ke tanah air meninggalkan Universitas Padjadjaran (UNPAD), Bandung, Indonesia, saya dan rakan-rakan seperjuangan meneruskan menuntut ilmu Allah dalam bidang perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Oleh kerana tahun 3 melibatkan major postings seperti di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (Dept. of Obstetrics & Gynaecology), Jabatan Pembedahan (Dept. of Surgery), Jabatan Perubatan Dalaman (Dept. of Internal Medicine), serta Jabatan Kesihatan Masyarakat (Dept. of Public Health), boleh dikatakan kami hakikatnya sibuk, tidak lagi seperti zaman pre-clinical di UNPAD sebelum ini.

Pre-clinical and clinical phases are totally different.

Pre-clinical phase merupakan fasa tahun pertama dan kedua jurusan perubatan. Sepanjang tempoh dua tahun ini pelajar didedahkan dan mempelajari teori-teori sains yang berkaitan dengan perubatan. Fasa ini lebih kurang sewaktu sekolah dan asasi/matrik dahulu, sekadar baca, faham, dan ingat. Jadual pun selalunya ikut office hours, pukul 5 petang dah balik ke bilik, bergantung kepada keadaan. Peperiksaan pun hanya melibatkan kertas dan pen. Manakala untuk Objective Structured Clinical Examination (OSCE) memerlukan pelajar untuk menunjukkan skills ketika berhadapan dengan pesakit (samada dengan patung atau simulated patient - lakonan dan tidak melibatkan pesakit sebenar).

Akan tetapi, berbeza pula bagi clinical phase yang mana ialah fasa klinikal, rutin harian pergi ke hospital. Jika fasa pra-klinikal hanya bermain dengan patung, fasa klinikal tidak, pelajar akan pergi ke wad berjumpa dengan pesakit yang real. Pada waktu inilah, pelajar mula belajar pelbagai prosedur asas seorang doktor seperti mencucuk pesakit untuk ambil darah, membaca elektrokardiograf (electrocardiograph) untuk melihat keadaan jantung, periksa rektum pesakit (digital rectal examination) dan banyak lagi. Pelajar bukan sahaja belajar dengan pesakit di wad-wad, malah berpeluang pergi ke bilik endoskop (endoscopy) untuk melihat doktor membuat prosedur memasukkan tiub beserta kamera ke dalam badan melalui mulut dan dubur, ada juga yang berkesempatan melihat doktor membuat prosedur endoscopic retrograde cholangio-pancreatography (ERCP) untuk melihat saluran hempedu di dalam abdomen. Jadual ke hospital tak tentu, kadang ada on-call, kadang kena cover bed untuk present depan doktor, jadi balik malam tidak asing terutamanya semasa posting O&G.

Banyak pengalaman yang diperoleh dan dipelajari sepanjang tempoh setahun sebagai pelajar perubatan tahun 3. Pengalaman yang paling berharga ialah bagaimana kita mengkaitkan keajaiban tubuh badan dan kesihatan dengan kekuasaan Allah s.w.t. Tak terbayangkan.. hanya mampu mengungkapkan subhaanAllah. Peperiksaan untuk fasa klinikal juga berbeza, ada kertas soalan teori dan juga peperiksaan oral dihadapan doktor dan pesakit. Jelas, berada di fasa klinikal lebih mencabar dari segi fizikal dan mental. Badan lebih exhausted dan kerap mengalami adrenaline rush. Hehe.

Saya ingin nasihatkan kepada adik-adik yang baru nak masuk bidang perubatan atau mungkin yang masih tercari-cari semangat yang hilang, jangan takut atau ingin berputus asa, doktor-doktor tak makan awak pun. Ramai orang cakap bidang ini susah dan tiada life - tak pasti pula life bagaimana yang dimaksudkan, tapi sudah nak masuk lima tahun saya berada dalam bidang perubatan, ada sahaja life nya, saya masih boleh hangout dengan kawan-kawan, malah boleh pergi program rohani mingguan lagi. Jika nak cakap sibuk, belajar apa pun memerlukan masa. Takkan sepanjang masa nak berseronok, ye tak? Insha' Allah takde hal lah. Lagipun, adik-adik merupakan insan-insan yang terpilih untuk mendalami bidang ini. Bukan sembarangan orang yang mampu. Allah kan merancang, Dia memilih hamba-hambaNya yang hebat dan mampu hadapi sahaja ke dalam bidang ini. Insha' Allah. Namun jika sudah bertahun-tahun pun masih rasa nak give up, istikharah dan berbincang dengan keluarga dan doktor-doktor, barangkali ada jalan lain yang lebih baik. Who knows. Yang penting, cuba dulu.. drop from medical school should be the last choice.




The road not taken.

Saya pun dulu ada jalan lain yang hampir diambil, tapi dengan izinNya, di sini (medical school) saya berdiri hari ini.

Two years to go before graduating with an M.D. degree. If Allah wills.

No comments:

Post a Comment