**Scroll gambar (listname group untuk first posting/rotation)**
"Ha, ni nama aku.. Group 3.. First rotation.. O&G", monolog saya sendirian.
Credits to bloglovin.com |
-----------
Setiap posting mengambil masa selama tujuh minggu. Sebelum memulakan posting pertama, kami perlu mengharungi 'basic clinical' selama empat minggu - setiap minggu berlainan posting. Basic clinical weeks bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar suasana baru sebagai clinical medical students di hospital, yang mana setiap minggu akan ada rotation untuk posting-posting semasa third year iaitu O&G, surgery, internal medicine, dan public health.
Sepanjang tujuh minggu di Jabatan O&G, banyak case menarik yang saya temui. Saya juga dapat melihat pelbagai ragam keadaan wanita yang sedang bertarung nyawa melahirkan bayinya di dewan bersalin. Sebelum ini saya pernah berhasrat untuk melanjutkan postgraduate study in O&G kerana memikirkan kekurangan doktor muslimah yang menceburi bidang ini, namun sekarang saya yakin ramai doktor muslimah yang mempunyai minat yang sama dengan saya. Buat masa ini saya ingin menghabiskan pengajian sebelum memikirkan bidang yang saya paling minat kerana banyak lagi posting yang saya perlu harungi selepas ini, insha' Allah. Berbalik kepada situasi di Jabatan O&G, terlalu banyak perkara baru yang saya pelajari, yang diluar jangkaan saya.
Antara kes-kes yang saya nak kongsikan ketika berada di wad Obstetrik dan Ginekologi,
Placenta previa, atau nama lainnya ialah uri (placenta) di bawah. Placenta previa mempunyai 4 kategori: low lying (berkedudukan rendah, tidak sampai pada internal os, iaitu pintu rahim), marginal (uri berada di sisi internal os), partial (uri menutupi sebahagian internal os), dan complete (uri menutupi keseluruhan internal os). Keberadaan uri di bawah bahagian rahim menyebabkan pesakit berisiko untuk menghadapi pendarahan. Rata-rata pesakit yang kategori serius ditahan wad hingga berbulan lamanya. Bergantung keadaan. Mak saudara juga menghadapi masalah yang sama ketika mengandungkan anak keduanya dan ditahan di wad selama berbulan-bulan. Komplikasi yang paling serius boleh mengancam nyawa kedua-dua ibu dan bayi. Dan bagi pesakit ini, adalah kontraindikasi untuk mereka melahirkan secara normal. Mereka akan disarankan oleh pakar perubatan untuk melahirkan melalui caesarean section. Di hospital, boleh dikatakan kerap juga kes uri bawah berlaku dalam kalangan ibu mengandung, dan mereka memerlukan jagaan yang lebih.
Gestational diabetes mellitus (GDM), atau nama lainnya kencing manis ketika mengandung. Walaupun sebelum hamil ibu tidak mempunyai kencing manis, namun boleh mendapat kencing manis sekiranya mengandung. Risikonya lebih tinggi pada mereka yang ada riwayat keluarga (family history) yang menghidap kencing manis atau yang memang mempunyai kencing manis sebelum mengandung. Kebanyakan ibu-ibu mengandung yang mempunyai GDM mempunyai perut yang besar berbanding usia kandungan, lebihan air ketuban, malah bayi juga besar kemungkinan bersaiz lebih besar dan berat berbanding bayi normal. Mereka perlu mengikut jadual follow-up untuk monitor kandungan gula sepanjang kehamilan dan bergantung keadaan, doktor akan sarankan samada kandungan gula dikawal melalui kaedah diet control (jaga pemakanan) atau jika serius ibu perlu mengambil suntikan insulin. Bagi pesakit-pesakit yang mengambil suntikan insulin, besar kemungkinan doktor akan melakukan induction kelahiran pada minggu ke-38.
Hypertension or pre-eclampsia, atau darah tinggi ketika mengandung juga merupakan salah satu keadaan yang berisiko untuk ibu mengandung terutamanya yang mempunyai tekanan darah tinggi sebelum hamil dan mempunyai family history. Kes ini juga banyak dijumpai di wad O&G. Pre-eclampsia pula merupakan komplikasi daripada tekanan darah tinggi yang tak terkawal. Ada ibu-ibu yang ditahan wad walaupun estimated due date (EDD) masih lama kerana tekanan darah yang tinggi. Komplikasi yang mungkin timbul pada ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi termasuklah keguguran, perut dan bayi bersaiz kecil berbanding normal, mata kabur, sakit kepala, dan yang paling serius mampu membawa kepada kematian (sekiranya berlaku eclampsia) akibat kerosakan hati dan pendarahan. Ibu-ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi juga perlu berdisiplin mengikuti follow-up di klinik atau hospital.
Fibroid or leiomyoma merupakan sejenis ketumbuhan benign atau tidak mengancam nyawa, dan ianya bukan kanser dan tidak malignant. Ketumbuhan ini tumbuh di dalam lapisan otot rahim. Saiznya variasi, dari kecil hingga besar. Pernah ada kes fibroid yang mana saiznya sebesar buah kelapa, barangkali boleh besar lagi. Oleh kerana ianya membesar, seseorang yang mempunyai fibroid boleh dikatakan mengandung, namun hakikatnya ada ketumbuhan yang sedang membesar di dalam rahimnya. Pernah juga ada kes ibu mengandung mempunyai fibroid, jika ia tidak besar dan membahayakan bayi, tak menjadi masalah buat kandungan. Risikonya juga meningkat jika ada family (contohnya, ibu) yang pernah mempunyai fibroid. Mak saya juga pernah ada fibroid dan telah membuat pembedahan untuk membuang kedua fibroid dan rahim. Baru-baru ini juga saya dapat tahu mak saudara saya juga mempunyai masalah yang sama. Bukan semua kes doktor akan suggest untuk buang rahim, bergantung kepada umur dan keinginan untuk menambah anak. Jika pesakit fibroid masih dalam lingkungan reproductive age dan masih berkeinginan untuk menambah anak, doktor sebolehnya akan selamatkan rahim.
Miscarriage, atau keguguran. Di wad O&G kerap juga saya jumpa kes keguguran dan ada pelbagai perkara yang menyebabkannya antaranya termasuklah masalah chromosome bayi, kemalangan, umur ibu ketika mengandung, jangkitan, diabetes, dan cara hidup ibu (e.g., alcohol, drug, etc.). Ada juga kes melibatkan remaja belasan tahun yang menggugurkan bayinya.
Dan banyak lagi kes-kes lain seperti ectopic pregnancy (kehamilan di luar rahim), chorioamnionitis (jangkitan pada air ketuban), hydatidiform mole (kandungan molar atau anggur), kanser rahim, etc.
-----------
Sepanjang posting di Jabatan O&G, supervisor saya ialah Prof. Hashim. Walaupun beliau nampak garang (literally), tapi sangat concern dengan kami pelajar-pelajarnya. Prof. suka menyoal kami mengenai physiology sistem reproduksi. Walaupun kami dah pernah belajar tentang physiology semasa pra-klinikal dulu, tapi masih ada yang perlu terus dibaca. Setiap minggu kami follow klinik beliau (who sub-specializes in fertility), melihat bagaimana cara Prof. consult pesakit. Selain itu, kami juga observe dan membuat pemeriksaan pada ibu hamil dengan palpate perutnya. Antara lain kami juga dapat palpate ketumbuhan seperti fibroid dan juga observe prosedur pap smear.
Jika di wad, rutin harian saya ialah clerking (history taking atau mengambil riwayat kesihatan) dan juga buat pemeriksaan fizikal pada pesakit. Setiap seorang daripada kami akan di-assign dengan katil-katil pesakit (cover bed) bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk bersedia apabila di soal oleh doktor-doktor terutamanya ketika ward round pada setiap pagi. Selalunya akan ada satu hari yang mana khusus untuk pelajar present the case, selalunya ketika grand ward round (sekali seminggu), tapi tak tentu ianya bergantung kepada 'mood' doktor kerana anytime saja kami boleh ditanya mengenai pesakit. Dan paling menakutkan ialah ketika tidak sempat untuk cover bed. Hampir setiap hari selepas subuh saya sudah bersiap untuk ke wad (haha) untuk follow-up progress pesakit. Berbanding posting yang lain, posting O&G lah yang paling kerap adrenaline rush nya. Sentiasa rasa nervous. Krikk..
Posting ini juga ada on-call di dewan bersalin yang mana kami pergi ke labor room untuk observe dan bantu apa yang patut (jika diizinkan midwives) sambil belajar. Sebelum ikut seseorang pesakit, kami perlu meminta izin pesakit dahulu. Kasihan juga pelajar lelaki yang kerap di-reject oleh pesakit. Jika tidak diizinkan bagaimana mahu belajar, bukan? Sepanjang tempoh berada di labor room saya juga dapat melihat pelbagai reaksi keresahan yang terpancar di wajah suami masing-masing. Iyalah, isteri bertarung nyawa, mahu tak risau. Ada yang hanya tunggu di tempat rest kerana takut darah ada juga yang setia menemani di sisi. Ada yang tak putus membacakan ayat-ayat suci al-Qur'an. Ada juga yang memegang tangan dan mengucup dahi isteri untuk menguatkan dan memberi semangat. Tidak kurang juga ada yang berjam-jam lamanya menahan kesakitan, tapi bukaan masih tidak menunjukkan sebarang tanda positif, graf cardiotocography (CTG) juga tidak cantik dan tidak konsisten, atas nasihat doktor pakar, pesakit ditolak masuk ke dalam dewan bedah untuk melakukan cesaerean section untuk menyelamatkan nyawa bayi yang hampir lemas. Macam-macam. Akhirnya, yang paling menggembirakan ialah apabila bayi lahir dengan selamat dan sempurna, si ibu dan ayah menangis tanda kesyukuran dan kegembiraan, ia merupakan moment yang membuatkan saya sebak dan tersenyum di dalam hati.
**ketika kakak saya melahirkan anaknya juga, saya melirik jauh melihat abang ipar saya mengelap air mata kegembiraan setelah melihat bayinya, anak buah saya, keluar dari bilik bersalin. Bahagia.
Begitulah suasana di Jabatan O&G.
Saya sebagai pelajar tak mampu mengungkap kata-kata bagi menyatakan betapa bersyukurnya saya diberi peluang untuk menikmati these beautiful moments, bukan saja melibatkan diri sendiri, akan juga kenangan bersama insan-insan lain, yang mana saya tak kenal sama sekali. Alhamdulillah.
p.s. Doktor-doktor garang? Nope, mereka semua baik. Jika ada pun, pasti untuk kebaikan kami juga. After all, all izz well. ^^
Salam doktor...can tell me your fb address..bmnt nk thu ttg mklmt prbtn according to some situasi pesakit n operation prosedur for my writing. Sy ign jdkn dktr as my reference for my novel. Wanted to write a novel base on true medical sources jg sbg pnmbh ilmu to all readers... krjsma dktr sgt sy hrgau. May God bless u. Amin....
ReplyDelete