Sunday, April 12, 2015

the tranquillity.

when oneself needs to be serene.

Tingkah laku manusia di sekeliling kita kadang cukup mencabar diri dalam aspek kesabaran. Benar, sabar itu sangat susah dan kerana itulah ganjaran bagi orang-orang yang bersabar cukup besar.

Melihatkan keruntuhan akhlaq dalam diri seseorang yang sangat serius dan perlu dirawat, dan kita mungkin terfikir untuk melakukan sesuatu agar dapat membantu dan merawat masalah itu. Secara peribadi, ana sudah menghadapi situasi ini dan ianya tidak mudah!

Masakan ia mudah? Malah ianya sangat sukar bilamana sudah tertanam 'fikrah' ketidakpentingan akan peribadi yang baik dan elok. Mereka cenderung untuk berhujah bahawa akhlaq dan jati diri yang dilihat orang bukanlah yang utama, akan tetapi 'usaha' dalam mengejar kehidupan yang ideal. Biarlah cakap benda-benda yang tidak berfaedah, mencarut, dan sebagainya ia tak penting. Persepsi orang terhadap kita tiada nilai.

Ya. Biarlah orang nak fikir apa tentang kita. Walaubagaimanapun, akhlaq yang baik masih significant dan perlu terus diterapkan dalam diri. Bagi ana, akhlaq juga mampu menjadi salah satu cara berda'wah, kita perlu memberi contoh yang baik kepada yang lain dengan tertanamnya akhlaq dan jati diri seorang Muslim. Bagaimana yang lain mampu untuk mengikut kita andai akhlaq kita ke laut?! 

Manusia cenderung untuk melihat sesuatu yang bernilai dalam diri seseorang sebelum ia dijadikan contoh kepada seseorang -- samada baik atau buruk -- pasti ada 'sesuatu' itu.

Jadi peranan kita adalah untuk membawa diri kita dan orang lain kepada kebaikan, kepada jalan Allah s.w.t yang benar, dan juga dengan meneruskan da'wah baginda RasulAllah s.a.w. Baginda merupakan contoh yang terbaik dari segala aspek kehidupan, termasuklah akhlaq. Patutkah kita teruskan keegoan yang mana akhlaq itu tidak penting, akan tetapi dalam masa yang sama masih aktif dalam berda'wah?

Tugas kita menyambung aliran da'wah RasulAllah, jadi mengapa kita tidak juga mencontohi akhlaq baginda?

---

Andai diri menjadi fitnah kepada agama dan orang lain, lebih baik meninggalkan perkara yang membawa kepada fitnah tersebut. Biarlah orang nak kata kita apa. Yang penting kita ada prinsip diri dan ketegasan dalam hidup terutamanya yang melibatkan agama.

Jika orang melakukan satu keburukan terhadap kita, membuka aib, dan sebagainya. Biarlah. Usah dibalas, jika tidak apa bezanya kita dengannya.. bukan? Sentiasa ingatkan diri bahawa Allah sentiasa di sisi hamba-hambaNya yang beriman. Terus kuat keranaNya, insha'  Allah.


Wahai orang-orang yang beriman! 
Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
As-Saff 61:2

No comments:

Post a Comment