Malangnya tidak.
Allah s.w.t menjadikan kita memang untuk bersusah payah.
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah."
Qur'an al-Balad: 4
Translation: We have certainly created man into hardship.
Tanam hakikat bahawa kehidupan ini ibarat roda atau tayar yang bentuknya bulat yang mana posisinya sentiasa berubah-ubah apabila ia bergerak -- kadang di atas, kadang di bawah.
Begitulah kita.
Kadang gembira, kadang sedih. Kadang berjaya, kadang gagal. Kadang iman qowiy, kadang lemah.
Andai sahaja hidup ini sentiasa berada dalam kondisi yang sama, flat. Cuba bayangkan pasti ia membosankan, malah boleh jadi kehidupan ini tak ubah seperti sebuah robot yang telah diprogramkan. Manusia merupakan sebaik-baik ciptaanNya berbanding makhluk-makhlukNya yang lain, sudah pasti bila dikatakan 'terbaik' ia pastilah bersesuaian dengan kedudukannya. Terbaik. Maka, banyaklah ujian dan dugaan yang diberikan pastilah lebih besar.
Usah mengharap kehidupan yang sentiasa manis, barangkali kemanisan itu bukanlah yang terbaik untuk kita di dunia ini. Boleh jadi dengan kepahitan, kepedasan, atau kemasaman yang dirasai itulah yang mencorakkan hidup dan menjadikan kita lebih baik -- kerana kita didedahkan dengan pelbagai rasa dan pengalaman hidup dalam apa jua kondisinya.
No comments:
Post a Comment