Credits to drryna (it's me!) |
Assalamu'alaikum w.b.t. Moga Allah terus beri taufiq dan hidayahNya kepada kita. Aamiin.
*curi masa packing kejap untuk shoot tulis post baru -- so-called, last post from Bandung*
p.s : hari ini merupakan hari PEMILU (Pemilihan Umum) 2014 untuk memilih Presiden yang bakal mengetuai pentadbiran baru di Indonesia. Moga calon yang terbaik dipilih yang dapat membuka ruang kepada Islam untuk lebih berkembang luas di tanah air ini, insya Allah.
Berada di perantauan selama tiga tahun, bunyinya seakan-akan lama, tapi percayalah apa yang ana rasakan saat ini; gembira, sebak, berdebar, berat hati.. tak ubah seperti pertama kali pengalaman menaiki kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) dari KLIA, 10 September 2011. Sudah pasti kepulangan ke tanah air untuk back for good berbeza perasaannya dengan kepulangan semasa cuti semester. Berbeza.
*mula nak meleleh dah ni*
Kenapa ana rasa berat sangat nak tinggalkan bumi Allah yang satu ini adalah kerana dalam sepanjang tempoh ini terlalu banyak ilmuNya yang ana pelajari dan peroleh. Allahu rabbi. Betullah, semakin banyak kita belajar, semakin bodoh sebenarnya kita -- hakikat ilmu Allah itu terlalu luas hinggakan semakin kita menimba ilmu, semakin tak habis pula ilmu-Nya.
Da'wah dan tarbiyah (DnT).
Sejak asasi sains di Universiti Teknologi MARA lagi ana sudah menjinakkan diri menghadiri liqo' dan halaqah yang dianjurkan di sekitar Shah Alam. Titik tolak yang menggerakkan ana mula berhijrah adalah ketika ana menuntut ilmu di UiTM empat tahun yang lepas. Bagaimana? Panjang ceritanya, kalau perlu suatu hari nanti ana share.. tapi ana ada berkongsi pengalaman hijrah ini dengan anak-anak usrah ana, Zahra 'Afra. Jadi sejak asasi juga ana sudah mula bergaul dengan akhawat-akhawat, pertama kali merasa nikmat ukhuwwah bersalaman dan berciuman pipi. Allah.. saat pertama kali itulah pengalaman yang sangat berharga, ana berasa terlalu indah Islam ini, ana makin tertarik sejak hari tersebut. Alhamdulillah, Allah masih sudi memilih ana untuk tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang mengingati-Nya. Kemudian ana join usrah, kakak usrah pertama ana --seorang mahasiswi jurusan farmasi-- alhamdulillah, walaupun lama tak berhubung, kenangan indah tarbiyah pada saat itu makin mekar di ingatan, hari ini, esok, dan seterusnya. Insya Allah.
Semasa di Universitas Padjadjaran (UNPAD), pada tahun pertama, seorang kawan ana --akhawat lebih 'dekat'-- yang mula mengajak untuk join usrah dibawah didikan kakak-kakak di sini. Nak cakapnya, sejak pertama kali ana berhijrah, penghijrahan ana bukanlah yang di-approach atau di-DF (da'wah fardhiyyah) oleh kakak-kakak, akan tetapi ajakan dan tarikan secara tidak langsung. Beruntunglah antunna lainnya yang di-DF oleh mereka, mesti ada makan-makan, kan kan? Haha. Takpelah, macam mana cara untuk mengDF itu bukanlah point yang utama, akan tetapi hadaf mengapa mereka bersusah payah untuk men'dekati' seseorang itu dan juga tujuan yang dituju.. tidak lain hanyalah kerana Allah, kerana ingin membina individu muslim yang hebat. Insya Allah.
Keberlangsungan tarbiyah sejak pertama kali hingga saat ini lah yang membina diri ana menjadi seorang yang lebih peka akan pengertian syahadah, tujuan mengapa kita diciptakan, islam itu sendiri, dan lainnya. Hal ini jugalah secara tidak langsung membentuk ana menjadi seorang dai'e dalam menyampaikan risalah (al-Qur'an) kepada mereka diluar sana. Tiada nikmat di dunia ini yang lebih hebat daripada nikmat mengenal Allah, Pencipta seluruh alam ini. Subhan Allah.
Berdikari.
Berhijrah ke bumi Indonesia juga banyak mengajar erti berdikari. Jika dulu diri masih mengharapkan orang lain, terutamanya keluarga dan sahabat rapat, kini berada di perantauan menjadikan ana seorang yang (sangat) berdikari. Peluh. Maksudnya di sini, tidaklah lagi ana mengharapkan sahabat-sahabat dalam hal itu ini, kerana selagi mampu diusahakan, ana cuba untuk mengelak daripada membebani orang lain. Usia pun semakin tua, sampai bila kita nak jadi dependent-person. Realiti kehidupan, banyak benda yang memerlukan kita untuk berdikari, mungkin ada lah beberapa yang nak tak nak, masih perlukan bantuan orang. Tapi jangan pula terlalu berdikari dan berani sangat, merisaukan dan menyusahkan orang lain pula nanti. Hu. Apa-apa pun, berpadalah. Insya Allah, masing-masing boleh fikir baik buruk, buatlah keputusan secara rasional.
Kepimpinan.
Antara pengalaman berharga yang ana peroleh di sini ialah pengalaman menjadi pemimpin. Mungkin ada orang lain yang merasakan bahawa ana tidak layak untuk menjadi pemimpin atau lainnya, tak mengapa, masa pun telah berlalu, sama-sama ambil yang jernih dan buang yang keruh. Banyak benda yang diperoleh daripada pengalaman ini -- antaranya, ia membuatkan diri ana lebih yakin (meningkatkan self-esteem), percaya diri dan orang lain, bertolak ansur dengan pelbagai ragam manusia, lemah-lembut, etc.. dan yang paling penting, ia mengajar ana erti kesabaran. Masha Allah. Apa yang ana perasan, apabila bergaul melibatkan ramai orang, sangat mengajar diri untuk bersabar, dan kesabaran manakah yang lebih baik selain yang dijanjikan pahala oleh Allah s.w.t? La taghdhob.
Soft skills.
Komunikasi : Bila melibatkan ramai, pasti akan ada komunikasi. Dalam keramaian orang-orang yang ana temui dan bertegur sapa, berbual.. ini meningkatkan cara komunikasi ana dengan orang. Jujur, sebelum ini ana seorang yang kurang berkomunikasi, lebih pendiam, dan ana sedar jika perkara ini berterusan, ia hanya akan merugikan. Menyedari tanggungjawab sebagai seorang dai'e dan insya Allah juga seorang doktor, dua tugas ini melibatkan komunikasi yang banyak, dengan pelbagai jenis orang. Bagaimana ana dapat laksanakan tugas-tugas ini jika ana kekal dengan perwatakan pendiam dan kurang berkomunikasi? Ana sangat sangat bersyukur, kerana keberadaan di sini, membentuk kemahiran berkomunikasi ana. Alhamdulillah.
Photoshop | Sony Vegas Pro : Sepanjang berada di sini ana banyak terlibat dalam proses membuat poster, video untuk program-program yang dianjurkan -- program UKM, AnsarAllah, persatuan. Ini merupakan kemahiran yang bagi ana sangat berharga nilainya. Ini merupakan sebuah logam yang juga dapat dimanfaatkan untuk kepentingan da'wah dan tarbiyah. Alhamdulillah. Mungkin juga kerana ana jenis yang minat untuk mencuba perkara baru. Ana mula belajar PS sejak di sekolah menengah, dan SVP sejak di sini.
Kasih Sayang.
Berjauhan dengan keluarga, memberikan kita urgency untuk mencari sumber kasih sayang yang lain (hah pelik beno bunyinya). Makanya setiap daripada kami pun mula berkasih sayang dengan sahabat-sahabat di sini, daripada seangkatan (satu batch) hinggalah ke juniors. Ana pun rasa begini juga. Nikmat ukhuwwah, kita boleh berkasih sayang secara ekstrem dengan akhawat, hee..
Tak lain juga, bila berjauhan membuatkan kita semakin merindui keluarga di tanah air, dan sebenarnya membuatkan kita lebih rapat dengan mereka. Jika sebelum ini, duduk sekali, malu nak luahkan perasaan, nak cakap sayang sayang, tapi bila jauh, tak boleh.. nak cakap sayang sayang juga. Terbuktilah di sini bilamana duduk jauh dengan keluarga juga mampu mengeratkan lagi tali kekeluargaan, semakin rindu, semakin sayang. Jiwang!
Ilmu Perubatan.
Alhamdulillah, di sini juga ana menimba ilmu Allah dari segi perubatan. Banyak manisnya berbanding pahit sepanjang proses ini. Syukur Allah memilih ana termasuk dalam kalangan mereka yang diberi kesempatan untuk menimba ilmu perubatan, dan insya Allah untuk menjadi seorang doktor dai'e suatu hari nanti. Atas izin Allah. Fasa preklinikal sudah pun berakhir bulan lalu, insya Allah bulan Ogos ini ana akan mula praktikal (fasa klinikal) di sebuah hospital di Cheras, KL. Moga Allah permudahkan urusan kami dalam menimba ilmu-ilmuNya.
Ilmu Perubatan.
Alhamdulillah, di sini juga ana menimba ilmu Allah dari segi perubatan. Banyak manisnya berbanding pahit sepanjang proses ini. Syukur Allah memilih ana termasuk dalam kalangan mereka yang diberi kesempatan untuk menimba ilmu perubatan, dan insya Allah untuk menjadi seorang doktor dai'e suatu hari nanti. Atas izin Allah. Fasa preklinikal sudah pun berakhir bulan lalu, insya Allah bulan Ogos ini ana akan mula praktikal (fasa klinikal) di sebuah hospital di Cheras, KL. Moga Allah permudahkan urusan kami dalam menimba ilmu-ilmuNya.
Dan banyak lagi ibrah tercampaknya ana di Bandung, setiap yang berlaku hatta sekecil-kecil perkara, insya Allah ada ibrahnya yang tersendiri, ia cuma bergantung kepada kita samada untuk berhusnudzon dengan Allah dan memandang dengan kaca mata Islam atau sebaliknya.
Lama juga ni menaip, nak sambung packing barang. Insya Allah flight ana jam 3 petang, doakan semua sahabat-sahabat ana pulang ke tanah air dengan selamat dan sentiasa berada di bawah pelindunganNya.
p.s.s ini merupakan post ana terakhir dari Bandung.. sedih rasanya.. insya Allah, Allah tahu yang terbaik buat hambaNya -- ada masa boleh datang lagi Rina, kot la sapa-sapa nak nikah, boleh beli kain kat Pasar Baru, memang mantap (cantik dan murah)!
Allahu a'lam.
#DiariRamadhan #11Ramadhan1435H
No comments:
Post a Comment