Credits to asyqnnsri. |
Perbualan 4 tahun lepas semasa kami dalam perjalanan ke kelas sesi petang.
Sahabat: Weh aku nak pakai tudung labuh la.. aku suka tengoknya.
Ana: Serius? Whoa. Aku orang first yang happy. Aku setuju!
Dalam tidak sedar, perbualan kami akhirnya terhenti, tergantung ditelan langkah-langkah kami.
*******
Setelah beberapa tahun kemudian, perbualan ini terngiang kembali di ingatan. Tertanya kepada diri sendiri, "Selama ini apa yang aku buat? Kenapa aku tak bantu kawan yang ingin berubah pada saat itu..?"
Rasa kecewa dengan diri sendiri kerana tak mampu untuk berbuat apa-apa.
Kemudian kami berpisah jasad mengikut aliran pelajaran masing-masing. Ana ke fakulti perubatan, dia ke fakulti biologi. Pada asalnya, ana diberi tawaran untuk menyambung pelajaran dalam bidang sains aktuari di universiti yang sama dengannya, dalam masa yang sama turut menerima tawaran ke bidang perubatan, dan akhirnya perubatan yang dipilih. Apakah jika masih sekali dengannya, ana masih boleh berada disisinya di saat dia memerlukannya? Allahu a'lam, semua ini rahsia Allah, perancanganNya, Dia tahu apa yang terbaik.
Insya Allah, ana akan pulang kembali ke tanah air, untuk terus berjuang dalam menggalas tanggungjawab-tanggungjawab yang dipikul -- antara yang ana ingin lakukan ia, kembali berhubung dengan teman ana tersebut dan bina kembali hubungan yang bertahun berjauhan. Hingga hari ini ana masih belum berkesempatan menemuinya. Hmm.
Ana tak tahulah apa yang bakal berlaku, cuma ana berdo'a, sedikit sebanyak dengan bekalan tarbiyah yang diperoleh dan dibawa pulang, ana mampu untuk menyalurkan da'wah kepada mereka yang memerlukan, sesiapa sahaja (jangan risau, ana masih ingat akan lapisan bulatan dalam SH mengenai priority dalam mendekati pihak yang berbeza). Walaupun mungkin ini bunyi seperti mimpi di siang hari, tapi ke-tekad-an akan menjadikan ia realiti. Insya Allah.
Berbaki dua hari lagi di bumi Bandung, Indonesia ini, diri sudah mula merasa sebak dan berat hati untuk meninggalkan tanah ini -- kerna terlalu banyak pengalaman berharga yang ana peroleh, dan yang turut membentuk diri ana menjadi lebih hebat berbanding ana yang dahulu.
Allahu rabbi.
Sungguh beruntunglah seseorang itu bilamana dirinya sentiasa dijaga Allah, disayangi Allah, dan dia turut sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah. Kecintaan inilah percintaan yang paling hebat yang berlaku di antara dua pihak. Manis.
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan faqihkan ia dalam agama.”
HR Bukhari dan Muslim
HR Bukhari dan Muslim
Ana ingin menjadi sebutir benih yang berkualiti, yang apabila dicampak kemanapun, masih mampu hidup subur dan memberi manfaat kepada makhluk Allah lainnya, dengan izin-Nya.
Allahul musta'an.
footnote: hingga kini, hasratnya masih belum tercapai..
#DiariRamadhan #8Ramadhan1435H
footnote: hingga kini, hasratnya masih belum tercapai..
#DiariRamadhan #8Ramadhan1435H
No comments:
Post a Comment