Tuesday, August 23, 2016

optimism.

"The grass is green where you water it."

To find success, you must keep striving and improve yourself.

----------

This year the weather seemed a bit different than before. It'd been raining a bit too much. I had to taste the bitterness of a failure. I didn't do well during pediatric posting. I failed the posting though. To be honest, it was quite unacceptable and I was in a denial state few days after the result was released. I was being pessimist. I couldn't accept the reality the fact that I'd failed one of my postings.

Then I finally realised, Allah might have planned something better for me. Trying to be optimistic. I reseated the posting additional three weeks. Surprisingly, I was delighted and enjoying myself to the fullest. I understood more and deeper about pediatric cases, improved my clinical and communication skills, and I got to get teachings more.



If you were to ask me if I ever regretted reseating the posting.. my answer would be no at all. In fact, alhamdulillah, I was given this priceless opportunity. I learned more than my other friends who passed. I prepared myself to enter the final year. That's it.

----------

In the end (the sweetest part is), I managed to pass my pediatric posting! The feeling was just indescribable. I felt contented with myself and the all effort I had given. Thank You, Allah.

p.s., my other friends are so strong that they are being tested with another failure. I strongly believe that they will be able to overcome it very well.

p.s.s., thank you for those who prayed for us (hugs).

This failure is going to make me a better person, future doctor. Insya Allah.

Monday, January 11, 2016

The loveliest

It has been years since the last moment I had a heartbroken-like feeling which unconsciously made me asphyxiated in a jiffy. Then I finally realized all the words I had uttered as an effort to encourage and strengthen my friends. 

With the tarbiyah I have learnt and gained, I am stronger.
Of course with the presence of some people of my support system -- those to talk to.

A tranquil heart, in hopes that it is freed from unwanted desires of this worldly life. 
The loveliest ---- of my very own.


Monday, September 7, 2015

Bilamana diri diuji, kuatkah kita?

Bilamana diri diuji, kuatkah kita?
Dan di mana posisi Allah pada ketika saat genting itu?

**tepuk dada tanya iman**

Setiap orang akan diberi ujian oleh Allah, samada ia mengembirakan atau sebaliknya -- termasuk diri sendiri, dan juga orang lain terutamanya mereka yang paling hampir dengan saya; sahabat-sahabat.

Saya tak tahu apa yang patut saya lakukan untuk meleraikan kesedihan dan bagaimana caranya untuk menenangkan hati kalian, tapi apa yang saya mampu lakukan adalah dengan mengingatkan kalian akan kekuasaan Allah terhadap setiap yang berlaku samada di dunia mahupun akhirat. Saya juga tak pasti adakah saya 100% memahami perasaan yang kalian rasai, namun sedikit sebanyak saya mengerti akan keperitan itu. Antara perkara yang saya mampu lakukan adalah dengan menasihatkan dan mendoakan kalian.

"Sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian."
QS. Muhammad:31

Acap kali Allah mengingatkan kita bahawa Dia akan menguji hamba-hambaNya sesuai dengan kekuatan dirinya dan ganjaran yang hebat kepada mereka yang bersabar. Pada tamparan pertama ujian diturunkan, barangkali kita berasa sangat terkejut, but as time goes by, cubalah untuk menerima ketentuanNya yang insha' Allah adalah yang terbaik.

"Barangkali kamu membenci sesuatu sedangka ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
QS. Al-Baqarah:216

Bersabarlah. Cuba berprasangka baik dengan Allah. Sebesar mana pun ujian yang diberi, hakikatnya besar lagi kasih sayang dan rahmatNya untuk hamba-hambaNya yang bersabar dan redha dengan kehendakNya. Insha' Allah, yakinlah bahawa Dia sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kamu.


Just please be strong. The test that Allah has given you isn't supposed to blow you away, but to make you become closer to Him. And remember, yesterdays taught us how to live our lives better the day after and onwards.


"Sesungguhnya, hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."
QS. Az-Zumar:10


Hope you make to the last stage quickly.



p.s Nak cakap pasal ujian, minggu lepas juga saya diuji apabila saya dimarahi di hadapan doktor dan rakan-rakan yang lain kerana kekurangan diri saya sendiri. Memang fitrah manusia ada perasaan dan emosi mudah terganggu -- maka saya pun depressed juga la sampai esoknya. Tapi alhamdulillah, bila saya muhasabah balik apa yang berlaku, saya yakin ia merupakan tarbiyah Allah untuk saya. 

Reaksi kita terhadap sesuatu perkara itu ia bergantung pada diri kita sendiri  -- jika pandai kawal, insha' Allah semuanya baik-baik saja.

Monday, August 31, 2015

A year in the life of a medical student #4 Dept of Public Health

Beranang, Selangor.


"Public health refers to all organized measures (whether public or private) to prevent disease, promote health, and prolong life among the population as a whole. Its activities aim to provide conditions in which people can be healthy and focus on entire populations, not on individual patients or diseases. Thus, public health is concerned with the total system and not only the eradication of a particular disease." - WHO


Selain O&G, surgery, internal medicine.. posting seterusnya adalah di Jabatan Kesihatan Masyarakat (Department of Public Health, or Community Medicine). Untuk posting ini, pelajar-pelajar akan ditempatkan di Pusat Latihan Kesihatan Masyarakat (PULAKEM) Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di Beranang, Selangor, selama tujuh minggu. Suasananya cantik, tenang, dan berangin.. cuma sedikit panas. Di sekitarnya terdapat kampung-kampung yang mempunyai pemandangan yang cantik dan juga penduduknya yang mesra dan ramah. Pelajar berpeluang untuk berasa 'dekat' dengan masyarakat, sesuai dengan posting ini yang mana tujuannya untuk mendedahkan pelajar kepada kesihatan masyarakat. Di PULAKEM, pelajar tak perlu pergi ke wad untuk clerk pesakit setiap hari seperti di PPUKM, sebaliknya pergi ke klinik desa, klinik kesihatan, hospital, dan pejabat kesihatan daerah.


----------


Pelajar akan digroupkan kepada kumpulan kecil, sekitar dalam 9-10 orang pelajar, dan akan ada seorang lecturer yang di assign as a supervisor. Minggu pertama selalunya dipenuhi dengan kuliah-kuliah mengenai public health. Kemudian barulah pelajar akan diberi tugasan masing-masing mengikut kumpulan. Antara tugasan tersebut termasuklah assignments untuk seminar, proposal presentation, intervention day, etc. Ramai yang berpendapat posting ini lebih santai berbanding yang lain, fasa honeymoon katanya. Namun setelah saya sendiri melaluinya, tak adalah honeymoon sangat sebenarnya, study perlu juga. Jangan disebabkan kesantaian tersebut, maka adik-adik pun 'tertarik' untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat sehingga lupa untuk mengulangkaji pelajaran, terutamanya bagi yang JKM merupakan posting keduanya (sebelum semester exam). Gunakan masa yang terluang itu untuk prepare for your upcoming exams.

Posting ini juga mendedahkan kita untuk berkomunikasi dengan masyarakat awam. This builds up your communication skill. Kerana pelajar akan pergi ke klinik untuk melakukan tugasan dan berpeluang untuk berbicara dengan pesakit-pesakit yang datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Selain itu, pelajar juga akan pergi ke Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat untuk mendengar kuliah mengenai kesihatan awam dan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan persekitaran serta apa peranan kita sebagai future doctors dalam mengatasi masalah-masalah tersebut. Pada minggu ke-5 atau ke-6 posting, sebuah intervention day akan diadakan which organised by the students. Secara basisnya, program ini diadakan untuk mengumpulkan penduduk setempat dan akan ada pemeriksaan kesihatan percuma serta aktiviti-aktiviti lain yang dapat memupuk kesatuan masyarakat. Secara peribadi, program ini sangat menarik dan memberi kepuasan kepada saya kerana saya berpeluang untuk melakukan sesuatu untuk mereka. Sekurangnya, saya punya sesuatu untuk disumbangkan demi kepentingan orang lain. Alhamdulillah.

Satu elemen penting semasa berada di posting ini ialah saling bekerjasama. Oleh kerana banyak tugasan yang di assign bagi setiap kumpulan, maka adalah sangat wajar untuk setiap pelajar berfikir secara rasional, proaktif, bertimbang rasa, dan bertanggungjawab. Saya sudah banyak kali mendengar kawan-kawan mengeluh tanda kecewa dengan teammates masing-masing kerana terdapat segelintir di antara mereka yang berlepas tangan dan tidak memberikan komitmen yang sepatutnya untuk melancarkan tugasan yang diberikan. Maka, banyak benda yang kita boleh belajar daripada bekerja dengan orang lain -- memerlukan kesabaran, ketabahan, kekuatan, dan pengorbanan. Insha' Allah, saya percaya adik-adik semua mampu lakukan yang terbaik dan sensitif terhadap kepentingan akan peranan masing-masing. Ganbatte!

Jika mengenai makan, setiap tengahari dan malam akan ada van atau bas yang disediakan untuk membawa pelajar ke kedai makan di sekitar kawasan PULAKEM. Tiada kedai di dalam kawasan kolej, hanya ada dapur untuk pelajar memasak (sesiapa yang suka masak suka la tu) dan juga meja berserta kerusi untuk makan. Di kantin juga selalu digunakan untuk membuat discussion mengenai tugasan by group. Prasarana lain juga ada seperti surau, klinik (bilik diskusi), basikal, set badminton, etc. Aktiviti yang paling kerap saya lakukan ia menaiki basikal pusing kampung. Sambil exercise sambil menikmati keindahan alam ciptaanNya.

Sepetang berbasikal di Beranang, Selangor.


Setelah kesemua empat posting ditempuh, maka tamatlah tahun 3. Apa yang penting, selalu.. selalu ingatkan diri, betulkan niat balik mengapa kita berada di sini sebagai pelajar perubatan, apakah kerana kita ingin menjadi doktor dengan bergaji besar, atau kerana ingin membuka klinik/hospital sendiri kelak, atau kerana ibubapa/family yang nak tengok kita jadi doktor, atau bagaimana? Apa yang penting, niatkan dalam hati kita nak menuntut ilmu perubatan kerana Allah, kerana kita ingin menjadi seseorang yang bermanfaat untuk orang lain. Insha' Allah andai niat kerana Allah, segala usaha dan penat lelah yang dirasai dikira sebagai ibadah kepadaNya. Lakukan yang terbaik dan bertawakallah kepadaNya setelah berusaha. Allah mempunyai perancanganNya untuk kita, teruskan langkah.. dan jangan pernah lupakan Allah.

Allah yuftah 'alaykum, insha' Allah.




Wednesday, August 12, 2015

A year in the life of a medical student #3 Dept of Internal Medicine

Found on young-archeologist.tumblr.com

"Internal medicine physicians are specialists who apply scientific knowledge and clinical expertise to the diagnosis, treatment, and compassionate care of adults across the spectrum from health to complex illness." - American College of Physicians


Department of Internal Medicine atau Jabatan Perubatan Dalaman merupakan satu disiplin kepakaran yang melibatkan hampir keseluruhan organ-organ dalaman. In my humble opinion, disiplin ini ialah antara yang paling penting di sesebuah hospital. Perubatan Dalaman boleh dikatakan hampir sama dengan disiplin di Jabatan Pembedahan, cuma bezanya pakar perubatan dalaman merawat pesakit lebih kepada medical treatment (rawatan ubatan), manakala pakar bedah merawat dengan surgical treatment (rawatan pembedahan). Kedua jabatan ini saling melengkapi antara satu sama lain, sering berlaku referral. Contoh referral ialah apabila terdapat kes seorang pesakit mengidap heart valve disease (masalah injap jantung), kerap berulang alik ke wad perubatan, kemudian cardiologist (pakar jantung) membuat keputusan untuk menggantikan injap yang rosak dengan prosthetic heart valve (injap jantung palsu/tiruan), jadi mereka akan refer kepada cardiothoracic surgeon (pakar bedah kardiotorasik) untuk melakukan pembedahan tersebut. Nampaklah di sini hubung kait antara internal medicine and surgery. For your information, cardiologist ialah pakar jantung yang berada di bawah Jabatan Perubatan Dalaman, manakala cardiothoracic surgeon ialah pakar bedah kardiotorasik. yang berada di bawah Jabatan Pembedahan. Kedua-duanya merupakan disiplin yang melibatkan jantung, cuma gerak kerja sedikit berbeza. Jangan confused pula. 

**Internal medicine physician is also known as an internist.
**Cardiothoracic surgeon is involved in surgical treatment of diseases affecting organs inside the chest.



----------


Untuk pelajar perubatan tahun 3 di PPUKM, pembahagian posting akan dibuat mengikut semester, setahun ada dua semester; samada dapat O&G and surgery, atau internal medicine and public health (JKM). Itulah couple posting untuk setiap semester. Jadi tak jadi masalah mana-mana dulu pun, sama saja, sebab surgery and internal medicine lebih kurang sama basic nya. Di jabatan ini juga terdapat banyak team mengikut specialty masing-masing seperti cardiology, respiratory, gastroenterology, nephrology, hematology, rheumatology, neurology, endocrinology, and dermatology. Kalau nak exam perasaannya macam kena khatamkan satu buku Kumar and Clark's Clinical Medicine, atau Davidson's Principles and Practice of Medicine, atau Harrison's Principles of Internal Medicine. Fuh. Pada pendapat saya yang paling utama ialah kita faham pathophysiology penyakit dan dapat relate dengan clinical manifestations pada pesakit.

Wad Perubatan Dalaman berada di tingkat 6 bangunan utama PPUKM, atau nama barunya Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Terdapat enam wad, dari wad perubatan 1-6.

Wad Perubatan 1 - cardiology (jantung)
Wad Perubatan 2 - respiratory (paru-paru)
Wad Perubatan 3 - hematology (darah)
Wad Perubatan 4 - nephrology (buah pinggang), rheumatology (sendi)
Wad Perubatan 5 - neurology (saraf), endocrinology (endokrin), dermatology (kulit)
Wad Perubatan 6 - acute ward: kes-kes baru, bercampur specialty 


**untuk kes-kes di bawah jabatan ini tersangaaaatlah banyak. Nanti buka study guide year 3 :D


Found on etsy.com


Di posting ini juga bergantung kepada supervisor (internist). Ada sesetengah yang suruh pelajar-pelajarnya join ward round pada setiap pagi. Ada juga yang tak. Advantage untuk mereka yang join ward round sebab sentiasa alert dengan kes-kes di wad dan tahu apa yang berlaku pada pesakit. Namun begitu, tidak bermaksud yang tak join itu tak alert. Kalau rajin pergi ke wad, clerk patient dan baca bed head ticket (BHT) insha' Allah alert juga. Kebanyakan pesakit terdiri daripada warga tua, dan ada yang berbulan lamanya ditahan wad. Jika di reject ketika nak approach untuk clerking, jangan mudah tersinggung sebab kita kena faham keadaan pesakit, terutamanya pesakit tua. Emotional labile. Saya banyak kali di reject, tapi nak buat macam mana barangkali sebelum ini sudah ramai pelajar yang clerk mereka dan penat nak jawab benda yang sama. Jadi kena banyak sabar. Why not pergi in a group rather than alone, it is better. Kalau nak buat physical examination kena ada chaperone (peneman), terutamanya ketika melibatkan pesakit yang berlainan jantina. Ini merupakan one of the medical ethics yang bukan saja patut dipatuhi oleh pelajar, tetapi juga doktor. Selain itu, boleh juga kalau nak bantu nurse ambil darah, gula, atau apa-apa prosedur lain yang terdapat dalam logbook. Prosedur yang ada dalam logbook samada to be done, or to be observed.

Setiap hari Rabu pagi akan diadakan Clinical Pathologic Conference (CPC) di Auditorium PPUKM. Conference ini disertai oleh doktor-doktor dan pelajar-pelajar perubatan tahun 3 hingga 5. Wakil doktor perubatan dari department tertentu akan membuat case presentation dan seterusnya akan ada sesi soal jawab dan perbincangan di antara doktor dan pelajar. Di posting ini juga saya berpeluang ke bilik endoskop untuk observe bronchoscopy (prosedur memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan sehingga paru-paru), OGDS, and colonoscopy. Saya ingat lagi semasa saya dan kawan-kawan sertai prosedur bronchoscopy, ada seorang specialist suruh kami summarize kes patient yang sedang berada di dalam bilik itu, tetapi disebabkan kami agak lewat, tak sempat untuk membuka file pesakit. Dari riak wajah nampak seakan beliau kecewa dengan kami, dan kami disuruh untuk keluar bilik untuk bertanya pada anak pesakit tentang masalah bapanya. Kemudian, kami masuk semula ke dalam bilik bronchoscopy dan beliau terus 'serang' dengan soalan bertubi-tubi. Kami diberi satu keping ECG dan interpret. Pleural effusion secondary to congestive cardiac failure - kes pesakit tersebut. Kemudian beliau explain dan nasihat kami. Rasa semangat kot kena nasihat dengan doktor. Hehe. Berkobar-kobar rasanya selepas itu. Doctors di PPUKM memang suka beri nasihat, sebagaimana dosen-dosen (lecturers) di UNPAD.

Setiap hari Isnin dan Khamis terdapat workshop mengikut sistem. Kind of like a seminar, akan ada discussion antara doktor (specialist) dan pelajar. Terus terang, workshop ini sangat membantu bukan saja untuk menambahkan kefahaman, tetapi juga membantu dalam peperiksaan. Jadi adik-adik nanti concentrate waktu worskhop okay? Hehe. Kalau tak faham angkat tangan tanya, atau kalau rasa excited sangat nak jawab pun angkat tangan atau keluar saja ke hadapan. Tiadalah istilah malu dalam menuntut ilmu, walaupun kadang-kadang saya segan juga nak ke hadapan. Tapi bila fikir balik sampai bila kan? In the future memang kita kena berani dan outstanding untuk menjadi seorang doktor yang berjaya, insha' Allah. Untuk MDUKMUNPAD, buktikan yang adik-adik juga mampu bersaing dengan pelajar MDUKM dan MDAUCMS. Walaupun ada yang kata MDUKMUNPAD tidak as best as MDUKM, bagi saya semua sama saja. Ia bergantung kepada usaha masing-masing semasa tempoh klinikal. Dan perlu diingatkan pre-clinical dan clinical adalah berbeza. Kena balance both antara teori dan praktikal. Dengan izin Allah kita semua mampu buat yang terbaik.

Supervisor saya ialah Dr. S Ravih who specializes in nephrology. Selaku ketua kumpulan kecil, sayalah yang selalu contact beliau untuk arrange sebarang kelas. Beliau sangat suka tanya soalan, trigger kami untuk berfikir, dan explain (kalau kami memang betul-betul buntu). Banyak sangat ilmunya yang dikongsikan bersama kami. Beliau juga suka nasihatkan kami, dan pernah beliau text saya (sewaktu itu sudah habis posting IM), "Please give me a call if you need extra teaching especially for short case." He was very concerned and I thanked him very much for being so kind. Selain daripada kelas supervisor, saya juga sertai kelas tambahan yang diadakan oleh Prof. Shahrir, pakar rheumatology. Prof sangat baik dan concerned dengan kami pelajar-pelajarnya. Beliau sanggup meluangkan masanya untuk kami dengan harapan kami lulus dan berjaya. Hanya Allah yang mampu membalas budi baiknya. Insha' Allah.


Found on etsy.com

----------


Sepanjang tujuh minggu berada di jabatan ini, banyak kenangan yang sukar dilupakan yang saya peroleh bersama pesakit dan salah satu antaranya adalah apabila saya berasa risau dan resah apabila melihat pesakit yang saya sedang follow-up untuk case write-up (case: congestive cardiac failure and chronic obstructive pulmonary disease) tiada di katil biasanya. Saya selalu jumpa dan bersembang dengan uncle itu. Bila saya tengok katilnya kosong, tag nama juga tiada, saya pergi ke kaunter untuk bertanya pada nurse, kemudian dia cakap mungkin pesakit itu di transfer ke wad lain, lalu saya mengambil buku keluar-masuk wad, mencari namanya. Cardiology Care Unit (CCU).. uncle itu berada di CCU. Saya terus bergegas untuk melihatnya, dan keadaannya pada waktu itu tachypneic (excessively rapid breathing). Saya hanya sempat senyum padanya kerana keadaan ketika itu tidak mengizinkannya untuk bercakap. Jujur, saya berharap uncle itu cepat sembuh. Pesakit itu bukanlah sekadar pesakit, akan tetapi dialah guru yang mengajar kita. Dengan masalah kesihatannya, kita belajar tentang penyakit itu dan cara merawatnya. Jadi, jangan pernah sesekali sombong dengan pesakit, tetapi hormati dan santunilah mereka. Tanpa pesakit, kita tidak akan mampu menjadi seorang doktor yang baik. Allahu a'lam.



Tuesday, August 11, 2015

A year in the life of a medical student #2 Dept of Surgery

Department of Surgery atau Jabatan Pembedahan, bunyinya macam menggerunkan. Kalau tanya saya perkara pertama yang terlintas di fikiran bila dengar perkataan pembedahan ialah.. bedah orang la kan. Hehe. Ada yang nak jadi surgeon? Ramai kawan-kawan saya menggelarkan surgeons adalah antara doktor-doktor yang cool dan tak emotional. Samada ini fakta atau auta saya sendiri tak pasti. 

Di PPUKM, ada banyak specialties dibawah Jabatan Pembedahan itu sendiri antaranya termasuklah general surgery, upper gastrointestinal (GI) and bariatric surgery, colorectal surgery, neurosurgery, cardiothoracic surgery, urology surgery, vascular surgery, breast and endocrine surgery, hepatobiliary-pancreatic surgery, paediatric surgery, ophthalmic surgery, and plastic and reconstruction surgery. Pada minggu pertama posting surgery, pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (3 orang pelajar) dan setiap group ada seorang supervisor (specialist atau consultant), dan juga setiap tiga kumpulan akan digroupkan bersama. Bila doktor nak buat kelas, ada kelas supervisor kita, ada juga kelas daripada mana-mana doktor (supervisor) yang menjaga tiga group tadi. Oleh kerana batch saya ramai, pelajar-pelajar dari Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) ditempatkan di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah untuk posting ini. Kiranya pelajar AUCMS berada di Jabatan Pembedahan PPUKM pada minggu pertama dan ketujuh posting, dan pada waktu inilah jadual pack dengan lectures daripada pelbagai team specialties yang saya nyatakan sebelum ini.

Saya ditempatkan bersama team upper GI and bariatric surgery. Barangkali ada yang tidak tahu apa yang dimaksud dengan 'bariatric', ia merupakan disiplin yang handle kes-kes berkaitan obesity. Sebelum memulakan hari pertama di jabatan ini, saya sempat bertanya pada kawan-kawan yang sudah melalui posting ini terutamanya yang juga dari team upper GI, ada cakap ia penat sikit berbanding team lain. Saya sebenarnya berharap untuk dapat team yang lebih 'santai', kerana semasa O&G saya ditempatkan di wad yang agak 'sibuk'. Jadi saya pun berharap la kan. Tapi dengan izin Allah, saya dapat team yang boleh tahan 'sibuk' juga. Nak dikatakan bila saya reflect balik, sepatutnya saya bersyukur kerana ia untuk kebaikan saya juga, mana-mana team pun sama. Alhamdulillah, sepanjang tujuh di Jabatan Pembedahan saya sebenarnya selesa dan gembira. Dalam team tersebut terdapat pelajar tahun 3 dan tahun 5. Kami juga diberikan tugasan untuk cover bed pesakit under upper GI, dan kami bahagikan katil antara kami. Jadi selalunya setiap katil ada dua pelajar, senior dan junior. Tak perlu risau sangat sebab tahun 3 masih baru dan boleh minta tolong senior untuk ajar dan tunjukkan apa-apa yang perlu. Kami disuruh oleh specialists untuk join ward round setiap pagi dan petang. Saya paling suka join ward round bersama doktor-doktor, sebab dari situ saya boleh dapat perbincangan ilmiah diantara mereka, yang mana sambil mendengar kita boleh berfikir sambil belajar.

Antara kes-kes yang ditempatkan under upper GI adalah appendicitis, peptic ulcer disease, intestinal obstruction, inguinal hernia, oesophageal cancer, stomach cancer, etc. Manakala untuk bariatric surgery selalunya melibatkan pesakit yang super obese yang mana menjalani pembedahan untuk mengurangkan berat badan dengan prosedur sleeve gastrectomy iaitu mengecilkan saiz stomach (kantung makanan) dengan memotong sebahagiannya. Kini alat pembedahan juga sudah canggih, selalunya ketika pembedahan pakar bedah menggunakan kaedah laparoscopic dengan memasukkan kamera ke dalam badan. Dengan cara ini potongan juga lebih pendek dan kecil serta ia lebih cepat sembuh. Untuk team lain ada kes-kes tertentu mengikut specialty masing-masing, antaranya thyroid tumor, breast cancer, diabetic gangrene, acute limb ischaemia, abdominal aortic aneurysm, leg ulcer, varicose vein, cholangitis, hepatocellular carcinoma, cholecystitis, biliary obstruction, pancreatitis, colorectal tumor, rectal ulcer, hemorrhoid, renal calculi, renal tumor, benign prostatic hyperplasia, etc.


Found on themetapicture.com

----------


Supervisor saya ialah Miss Reynu, an upper GI dan bariatric surgery specialist. Di hospital, pakar-pakar bedah ada title special iaitu 'Mr.' untuk male surgeon dan 'Miss' untuk female surgeon. Sepanjang posting Miss banyak mengajar saya dan dua orang teman lain. Beliau suka explain sampai kami faham dan sangat sporting. Walaupun begitu saya tak terlepas dari ditegurnya hingga beliau pernah berkata, "..among your other two friends, you're the one whom I am so worried..", fuh, menikam juga apa yang diperkatakannya. Namun saya ambil positif nasihat itu dan cuba buat yang terbaik. Secara jujurnya, ketika berada di hospital, walau kena marah macam mana pun, dengan mana-mana doktor pun, saya cuba bersangka baik dan bersikap positif kerana saya tahu mengapa mereka begitu dan sudah pasti kerana mereka ingin melihat kita berjaya. Kerana kita pelajarnya. Jika join kliniknya, beliau akan suruh saya mencari sekurang-kurangnya satu kes (dalam kalangan pesakit yang datang pada hari itu) untuk dibentangkan dihadapannya. Di sini perlu ada berani untuk approach pesakit dan ambil sejarah penyakitnya. Selepas present case, beliau akan tanya mengenai penyakit itu dan akan ada perbincangan antara kami. Jika Miss ada hal lain dan tak dapat join klinik, saya mengambil peluang untuk join doktor yang lain seperti Mr Mustapha. 

Setiap hari Selasa, selepas ward round, saya dan kawan-kawan akan bergegas ke operating theatre (OT), kadang-kadang breakfast dulu kalau belum. Dalam dewan bedah, sesiapapun kena memakai pakaian khas dipanggil scrubs. Di PPUKM, bagi muslimah boleh memakai tudung berwarna kelabu dan ia mestilah dikhaskan untuk OT. Kerana OT adalah tempat yang sterile. Sepanjang berada di OT, antara prosedur pembedahan yang saya berpeluang untuk observe adalah laparoscopic appendicectomy, sleeve gastrectomy, transabdominal pre-peritoneal (TAPP) inguinal hernia repair, small intestine resection surgery. Pernah ada prosedur thoracoscopic resection for oesophageal cancer, tapi saya tidak berpeluang untuk observe. Menarik dan hebat. Pelajar juga boleh join operation daripada team lain, tapi kenalah bahagikan turn, jika terlalu ramai dalam OT nanti ditegur pula. Fair and square. Biar semua orang rasa.

Pada hari Khamis, kami pergi ke bilik endoskop untuk observe registrar (doktor yang sedang buat specialty) atau pakar sendiri untuk membuat prosedur endoskopi seperti oesophagogastroduodenoscopy (OGDS) atau colonoscopy pada pesakit. OGDS dibuat untuk melihat keadaan saluran esophagus dan perut, kebanyakan pesakit yang datang adalah mereka yang menghidap gastritis dan juga mengambil biopsy for Helicobacter pylori (H. pylori) test yang selalunya menyebabkan peptic ulcer disease. Selain itu saya juga dapat melihat prosedur colonoscopy atau sigmoidoscopy bagi melihat keadaan pada rektum dan usus besar jika ada sebarang patologi seperti cyst, nodule, ulcer, or tumor. Pernah saya membantu Mr Mustapha melakukan OGDS dengan memegang cangkuk alat itu untuk mengambil biopsy dan buat H. pylori test. Tapi pergi ke bilik endoskop juga bukan bersahaja, doktor ada expectation dan nak lihat kita rajin baca kes dan faham mengapa kita buat prosedur itu. Kena bersiap sedia 'diserang' dengan soalan-soalan cepumas (ehh?).

Untuk kuliah, surgeons yang bagi lecture semua best. Ada yang jenis suka bertanya. Ada yang sempoi habis. Apa-apa pun yang penting respect mereka dan jangan cari fasal. Ada hari di mana terdapat seminar radiologi, pelajar boleh saja nak join melihat perbincangan current cases kat wad. Kadang ada juga doktor dari team saya yang ajak ke Jabatan Onkologi untuk melihat pesakit upper GI yang ditempatkan di sana. Boleh jadi juga kes under team kita yang ditempatkan di wad urology atau ophthalmology, itu pun jika wad pembedahan 1 dan 2 penuh. Jadi kalau kena cover bed, carilah kes under team kita di semua wad. Nanti doktor tanya tak adalah terkapai-kapai. Setiap minggu juga ada on-call untuk setiap team. Jadi kena stay di hospital sampai malam tapi untuk pelajar tak adalah sampai esok pagi, dalam pukul 10 dah boleh balik kalau doktor benarkan.


----------


Found on netvibes.com

Macam mana surgery? Mencabar kan. But then no worries, saya personally rasa surgery memang terbaik!



Untuk junior-junior saya:

Monday, August 10, 2015

A year in the life of a medical student #1 Dept of O&G

**Melihat post baru di group Facebook**

**Scroll gambar (listname group untuk first posting/rotation)**

"Ha, ni nama aku.. Group 3.. First rotation.. O&G", monolog saya sendirian.

Credits to bloglovin.com

-----------


Setiap posting mengambil masa selama tujuh minggu. Sebelum memulakan posting pertama, kami perlu mengharungi 'basic clinical' selama empat minggu - setiap minggu berlainan posting. Basic clinical weeks bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar suasana baru sebagai clinical medical students di hospital, yang mana setiap minggu akan ada rotation untuk posting-posting semasa third year iaitu O&G, surgery, internal medicine, dan public health.

Sepanjang tujuh minggu di Jabatan O&G, banyak case menarik yang saya temui. Saya juga dapat melihat pelbagai ragam keadaan wanita yang sedang bertarung nyawa melahirkan bayinya di dewan bersalin. Sebelum ini saya pernah berhasrat untuk melanjutkan postgraduate study in O&G kerana memikirkan kekurangan doktor muslimah yang menceburi bidang ini, namun sekarang saya yakin ramai doktor muslimah yang mempunyai minat yang sama dengan saya. Buat masa ini saya ingin menghabiskan pengajian sebelum memikirkan bidang yang saya paling minat kerana banyak lagi posting yang saya perlu harungi selepas ini, insha' Allah. Berbalik kepada situasi di Jabatan O&G, terlalu banyak perkara baru yang saya pelajari, yang diluar jangkaan saya.

Antara kes-kes yang saya nak kongsikan ketika berada di wad Obstetrik dan Ginekologi,

Placenta previa, atau nama lainnya ialah uri (placenta) di bawah. Placenta previa mempunyai 4 kategori: low lying (berkedudukan rendah, tidak sampai pada internal os, iaitu pintu rahim), marginal (uri berada di sisi internal os), partial (uri menutupi sebahagian internal os), dan complete (uri menutupi keseluruhan internal os). Keberadaan uri di bawah bahagian rahim menyebabkan pesakit berisiko untuk menghadapi pendarahan. Rata-rata pesakit yang kategori serius ditahan wad hingga berbulan lamanya. Bergantung keadaan. Mak saudara juga menghadapi masalah yang sama ketika mengandungkan anak keduanya dan ditahan di wad selama berbulan-bulan. Komplikasi yang paling serius boleh mengancam nyawa kedua-dua ibu dan bayi. Dan bagi pesakit ini, adalah kontraindikasi untuk mereka melahirkan secara normal. Mereka akan disarankan oleh pakar perubatan untuk melahirkan melalui caesarean section. Di hospital, boleh dikatakan kerap juga kes uri bawah berlaku dalam kalangan ibu mengandung, dan mereka memerlukan jagaan yang lebih.

Gestational diabetes mellitus (GDM), atau nama lainnya kencing manis ketika mengandung. Walaupun sebelum hamil ibu tidak mempunyai kencing manis, namun boleh mendapat kencing manis sekiranya mengandung. Risikonya lebih tinggi pada mereka yang ada riwayat keluarga (family history) yang menghidap kencing manis atau yang memang mempunyai kencing manis sebelum mengandung. Kebanyakan ibu-ibu mengandung yang mempunyai GDM mempunyai perut yang besar berbanding usia kandungan, lebihan air ketuban, malah bayi juga besar kemungkinan bersaiz lebih besar dan berat berbanding bayi normal. Mereka perlu mengikut jadual follow-up untuk monitor kandungan gula sepanjang kehamilan dan bergantung keadaan, doktor akan sarankan samada kandungan gula dikawal melalui kaedah diet control (jaga pemakanan) atau jika serius ibu perlu mengambil suntikan insulin. Bagi pesakit-pesakit yang mengambil suntikan insulin, besar kemungkinan doktor akan melakukan induction kelahiran pada minggu ke-38.

Hypertension or pre-eclampsia, atau darah tinggi ketika mengandung juga merupakan salah satu keadaan yang berisiko untuk ibu mengandung terutamanya yang mempunyai tekanan darah tinggi sebelum hamil dan mempunyai family history. Kes ini juga banyak dijumpai di wad O&G. Pre-eclampsia pula merupakan komplikasi daripada tekanan darah tinggi yang tak terkawal. Ada ibu-ibu yang ditahan wad walaupun estimated due date (EDD) masih lama kerana tekanan darah yang tinggi. Komplikasi yang mungkin timbul pada ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi termasuklah keguguran, perut dan bayi bersaiz kecil berbanding normal, mata kabur, sakit kepala, dan yang paling serius mampu membawa kepada kematian (sekiranya berlaku eclampsia) akibat kerosakan hati dan pendarahan. Ibu-ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi juga perlu berdisiplin mengikuti follow-up di klinik atau hospital.

Fibroid or leiomyoma merupakan sejenis ketumbuhan benign atau tidak mengancam nyawa, dan ianya bukan kanser dan tidak malignant. Ketumbuhan ini tumbuh di dalam lapisan otot rahim. Saiznya variasi, dari kecil hingga besar. Pernah ada kes fibroid yang mana saiznya sebesar buah kelapa, barangkali boleh besar lagi. Oleh kerana ianya membesar, seseorang yang mempunyai fibroid boleh dikatakan mengandung, namun hakikatnya ada ketumbuhan yang sedang membesar di dalam rahimnya. Pernah juga ada kes ibu mengandung mempunyai fibroid, jika ia tidak besar dan membahayakan bayi, tak menjadi masalah buat kandungan. Risikonya juga meningkat jika ada family (contohnya, ibu) yang pernah mempunyai fibroid. Mak saya juga pernah ada fibroid dan telah membuat pembedahan untuk membuang kedua fibroid dan rahim. Baru-baru ini juga saya dapat tahu mak saudara saya juga mempunyai masalah yang sama. Bukan semua kes doktor akan suggest untuk buang rahim, bergantung kepada umur dan keinginan untuk menambah anak. Jika pesakit fibroid masih dalam lingkungan reproductive age dan masih berkeinginan untuk menambah anak, doktor sebolehnya akan selamatkan rahim.

Miscarriage, atau keguguran. Di wad O&G kerap juga saya jumpa kes keguguran dan ada pelbagai perkara yang menyebabkannya antaranya termasuklah masalah chromosome bayi, kemalangan, umur ibu ketika mengandung, jangkitan, diabetes, dan cara hidup ibu (e.g., alcohol, drug, etc.). Ada juga kes melibatkan remaja belasan tahun yang menggugurkan bayinya.

Dan banyak lagi kes-kes lain seperti ectopic pregnancy (kehamilan di luar rahim), chorioamnionitis (jangkitan pada air ketuban), hydatidiform mole (kandungan molar atau anggur), kanser rahim, etc.


-----------


Sepanjang posting di Jabatan O&G, supervisor saya ialah Prof. Hashim. Walaupun beliau nampak garang (literally), tapi sangat concern dengan kami pelajar-pelajarnya. Prof. suka menyoal kami mengenai physiology sistem reproduksi. Walaupun kami dah pernah belajar tentang physiology semasa pra-klinikal dulu, tapi masih ada yang perlu terus dibaca. Setiap minggu kami follow klinik beliau (who sub-specializes in fertility), melihat bagaimana cara Prof. consult pesakit. Selain itu, kami juga observe dan membuat pemeriksaan pada ibu hamil dengan palpate perutnya. Antara lain kami juga dapat palpate ketumbuhan seperti fibroid dan juga observe prosedur pap smear.

Jika di wad, rutin harian saya ialah clerking (history taking atau mengambil riwayat kesihatan) dan juga buat pemeriksaan fizikal pada pesakit. Setiap seorang daripada kami akan di-assign dengan katil-katil pesakit (cover bed) bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk bersedia apabila di soal oleh doktor-doktor terutamanya ketika ward round pada setiap pagi. Selalunya akan ada satu hari yang mana khusus untuk pelajar present the case, selalunya ketika grand ward round (sekali seminggu), tapi tak tentu ianya bergantung kepada 'mood' doktor kerana anytime saja kami boleh ditanya mengenai pesakit. Dan paling menakutkan ialah ketika tidak sempat untuk cover bed. Hampir setiap hari selepas subuh saya sudah bersiap untuk ke wad (haha) untuk follow-up progress pesakit. Berbanding posting yang lain, posting O&G lah yang paling kerap adrenaline rush nya. Sentiasa rasa nervous. Krikk..

Posting ini juga ada on-call di dewan bersalin yang mana kami pergi ke labor room untuk observe dan bantu apa yang patut (jika diizinkan midwives) sambil belajar. Sebelum ikut seseorang pesakit, kami perlu meminta izin pesakit dahulu. Kasihan juga pelajar lelaki yang kerap di-reject oleh pesakit. Jika tidak diizinkan bagaimana mahu belajar, bukan? Sepanjang tempoh berada di labor room saya juga dapat melihat pelbagai reaksi keresahan yang terpancar di wajah suami masing-masing. Iyalah, isteri bertarung nyawa, mahu tak risau. Ada yang hanya tunggu di tempat rest kerana takut darah ada juga yang setia menemani di sisi. Ada yang tak putus membacakan ayat-ayat suci al-Qur'an. Ada juga yang memegang tangan dan mengucup dahi isteri untuk menguatkan dan memberi semangat. Tidak kurang juga ada yang berjam-jam lamanya menahan kesakitan, tapi bukaan masih tidak menunjukkan sebarang tanda positif, graf cardiotocography (CTG) juga tidak cantik dan tidak konsisten, atas nasihat doktor pakar, pesakit ditolak masuk ke dalam dewan bedah untuk melakukan cesaerean section untuk menyelamatkan nyawa bayi yang hampir lemas. Macam-macam. Akhirnya, yang paling menggembirakan ialah apabila bayi lahir dengan selamat dan sempurna, si ibu dan ayah menangis tanda kesyukuran dan kegembiraan, ia merupakan moment yang membuatkan saya sebak dan tersenyum di dalam hati.

**ketika kakak saya melahirkan anaknya juga, saya melirik jauh melihat abang ipar saya mengelap air mata kegembiraan setelah melihat bayinya, anak buah saya, keluar dari bilik bersalin. Bahagia.


Begitulah suasana di Jabatan O&G.


Saya sebagai pelajar tak mampu mengungkap kata-kata bagi menyatakan betapa bersyukurnya saya diberi peluang untuk menikmati these beautiful moments, bukan saja melibatkan diri sendiri, akan juga kenangan bersama insan-insan lain, yang mana saya tak kenal sama sekali. Alhamdulillah.

p.s. Doktor-doktor garang? Nope, mereka semua baik. Jika ada pun, pasti untuk kebaikan kami juga. After all, all izz well. ^^