Kadang kala dalam hidup ini, ada perkara yang mudah untuk dilakukan, dan ada yang tidak.
Manusia juga, ada perangainya begini, dan ada yang begitu.
Allah menguji hambaNya kerana Dia sayangkannya. Kerana Dia mahu yang terbaik untuknya. Kerana pasti ada hikmah yang lebih baik menanti berbanding yang dinanti. Kerana Dia tahu yang terbaik, tetapi kita tidak.
Tapi kita.. kita tend untuk berprasangka buruk. Walaupun hakikatnya, masih tidak tahu samada apa yang disangka itu sahih atau tidak. Inilah kita, kadang tiada beza antara yang dapat tarbiyah dan tidak. Perbezaan di sini bukan kerana kita bagus dan dia tidak, tapi beza dalam konteks berperibadi rabbaniyah dan sesuai dengan tauladan akhlaq mulia oleh Baginda RasulAllah sal Allahu alayhi wassalam.
Pendapat ana yang serba kekurangan ini, usahlah kita mengasingkan diri kita, apatah lagi merasakan yang kita ini dai'e ekslusif, daripada mereka yang masih kurang faham tentang agama. Ana sangat tidak setuju jika ada dikalangan dai'e yang berfikiran begini. Apakah kita merasakan bila kita pergi ke usrah, daurah, dan yang sewaktu dengannya, kita sudah serba cukup, sempurna? Walau hanya dengan ilmu Allah yang tak seberapa?
Islam tidak menyuruh para dai'e mengasingkan diri daripada para bukan dai'e, dan hanya asyik berkepit dengan geng-geng tarbiyah. Memang, para soleh solehah membantu dalam membina diri kita, perlunya bi'ah yang baik, sebab mereka lah juga yang membantu dalam tarbiyah. Tapi apa yang ana nak katakan di sini, mengapa tidak kita bergaul dengan kedua-duanya?
Sungguh, impian kita adalah untuk menegakkan Islam, menyinar kembali cahaya Islam di atas muka bumi seperti satu masa dulu semasa zaman Abbasiyah. Kita mahukan agama Allah tertegak dan menjadi sumber rujukan para manusia. Tapi tahukan kalian, semasa zaman Abbasiyah jugalah Islam mengalami zaman kejatuhan. Kerana apa? Kelalaian disebabkan perkara-perkara duniawi.
Nah, ana nak tanya, bagaimana kita mahu meraih kejayaan tersebut andai kita asyik berada dalam kelompok kita, tanpa menggauli yang lainnya? Apakah hanya kita yang diperlukan untuk mencapai impian tersebut? Ya, walaupun ia tidak mustahil (dengan izin Allah juga), tapi yang bukan dikalangan kita juga punya hak untuk mengetahui hakikat agama Islam.
Apakah ilmu yang kita peroleh hanya untuk dikongsi hanya antara kita, iyalah hanya berkongsi dalam usrah contohnya, tanpa menyebarkannya?
Berbalik kepada tujuan kita diciptakan, Allah berfirman:
"...Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi..."
Qur'an al Baqarah 2:30
Allah ingin menjadikan khalifah di muka bumi. Tapi siapa khalifah yang dimaksudkan?
Kita -manusia-
Patutkah menjadi kehairanan bagi manusia bahawa Kami mewahyukan kepada seorang lelaki di antara mereka: "Berilah peringatan kepada manusia dan gembirakanlah orang yang beriman bahawa mereka mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka."
Qur'an Yunus 10:2
Berilah peringatan. Tak kiralah kepada siapa kita berikan peringatan, dai'e, muslim komited, muslim biasa, even non-muslim pun. Islam tidak pernah berkira-kira untuk beri peringatan tentang agama Islam, samada ia merupakan bahan/module ataupun ilmu lain secara umumnya. Selagi mana ilmu atau peringatan yang diberikan bermanfaat, insya Allah tiada masalahnya.
Allah berfirman lagi dalam surah At-Taubah:
"Tidak ada jalan sedikit pun untuk menyalahkan orang yang berbuat baik."
Qur'an at-Taubah 9:91
Allah itu Maha Mengetahui tiap apa yang berlaku di bumi dan di langit. Apa yang dikandung ibu dalam rahim, Allah tahu apa kekurangan dan kelebihannya. Tapi masih ada dalam kita yang berkira-kira untuk melakukan kebaikan.
Ilmu Allah maha luas, begitu luasnya sehingga jika seluruh air di lautan ini dijadikan tinta untuk menulis ilmu Allah maka ia tidak akan mampu menulisnya. Selagi kita saling memperingat mengenai Allah, hatta sekecil-kecil benda, ada hikmahnya. Ilmu Allah bukan hanya pada tanggungjawab kita yang utama iaitu khalifah, tetapi yang lainnya, contohnya perkara-perkara yang fardhu 'Ain, fardhu kifayah, fiqh, ilmu tauhid.. peringatan itu luas. Berbagai macam yang kita boleh sampaikan dan boleh kaitkan dengan kebesaran Allah s.w.t. Bukankah ia juga Allah-oriented?
Kadang kita terlalu obses dengan certain thing, sampai ia menutupi mata kita akan perkara lain, sampai kadang ia menyusahkan kita hanya kerana kita merasakan sesuatu perkara itulah yang paling utama tetapi lain tidak.
Jadilah kita dai'e yang berfikiran luas. Syadid itu bagus, ana tak nafikan. Tapi kita kena sesuaikan dengan persekitaran dan ada perkara yang perlu kita menjadi syadid, ada yang ada kelonggaran, atas sebab-sebab tertentu agar tidak berlakunya fitnah.
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
Qur'an al-Ra'd 13:11
Pendekatan yang kita lakukan dalam masyarakat haruslah bersesuaian dengan masyarakat itu sendiri. Andai ia tidak kena gaya, apakah masyarakat itu akan tertarik dengan pendekatan yang kita bawa? Cuba kita renungkan bagaimana cara kita bergaul dengan masyarakat. Tiada salahnya kita bergaul agar kita memahami mereka, agar kita dapat membantu mereka, bukan menjauhinya.
Seperti apa yang dikatakan Syed Qutb suatu masa dahulu, "Yakhtalitun wa lakin yatamayyazun" yang bermaksud bergaul tetapi tidak bercampur (yakni berbeza). Ini juga merupakan salah satu kaedah para dai'e dalam bergaul dengan masyarakat. Walaupun bergaul, kita sebagai orang yang sudah mendapat tarbiyah perlulah berbeza dengan mereka, jika tidak apa bezanya kita dengan mereka.
"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan."
Qur'an an-Nahl 16:90
Bawalah risalah Allah ini sesuai pada tempatnya. Andai mad'u kita perlukan kelembutan, maka lakukanlah ia dengan lembut, sesuai pada kadarnya. Tiada lebih dan tiada kurang.
Seusai kita melakukannya, berbaliklah kepada Allah, Perancang yang menentukan segalanya. Kepada Dia kita berserah diri dan berbulat hati hanya kepadaNya.
"Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."
Qur'an al-Thalaq 65:3
Ana juga masih dalam proses pembinaan diri yang punya banyak kekurangan berbanding kelebihan. Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan menyinari hati-hati kita dengan cahayaNya. Insya Allah. Wallahu a'lam.
Rina:)
ReplyDelete