Credits to zabielin. |
Alhamdulillah atas segala nikmat yang dicurahkan ke atas diri ini, dan yang paling berharga pastilah nikmat iman dan Islam. Setiap saat yang berdetik, ia berlalu penuh dihiasi manis pahit kehidupan -- yang mana punya 'sesuatu' untuk mendidik diri, samada secara sedar mahupun tidak.
Alhamdulillah juga atas kemudahan urusan yang Allah berikan. Tempoh pemusafiran diri berhijrah ke bumi Allah di Bandung, Indonesia sudah sampai ke penghujungnya. Insya Allah dalam beberapa hari sahaja lagi diri ini akan kembali ke pangkuan keluarga yang dicintai keranaNya. Rindu yang sudah berbulan menyesakkan dada bakal diubati -- mereka, mad'u yang paling terdekat untuk dida'wahi.
Dalam kegembiraan ingin berbakti kepada keluarga dan masyarakat, umat Islam khususnya, terselit juga perasaan 'berat' tatkala merenung tanggungjawab yang bakal dilaksanakan, yang mana hari ini telah pun tergalas di bahu ini. Masakan ia tidak berat apabila ia melibatkan jual beli dengan Tuan punya alam ini. Berada di perantauan bukan alasan untuk seseorang itu daripada terus terputus daripada mengikuti perkembangan semasa di Malaysia.
Jujur, agak mengecewakan melihat realiti ummah hari ini. Hiburan diagungkan, maksiat dibanggakan. Mungkin kalau ia tidak melibatkan saudara seaqidah, tidaklah terlalu merobek hati ini, tapi tidak, kebanyakkan melibatkan saudara seagama. Hati dai'e mana yang tidak sensitif dengan realiti ini? Kadang rasa seperti tak mahu pulang kerana beratnya rasa tugas, tapi tidak.. inilah hakikatnya yang semua dai'e yang berada di perantauan perlu hadapi.
Walau tak berapa tahu bagaimana keadaan sebenarnya DnT di Malaysia, insya Allah, dengan 'izzahnya ana sebagai dai'e yang, insya Allah, sudah ditarbiyahi cuba untuk melakukan sesuatu. Kejayaan untuk melihat Malaysia menjadi negara Islam yang kaffah, sepertinya masih jauh (Allahu a'lam), tapi itu bukanlah yang utama pada saat ini, walaupun ia termasuk dalam tujuan mengapa kita 'bekerja', akan tetapi ingin membentuk jiwa-jiwa yang dekat denganNya, yang mengamalkan cara hidup sesuai mengikut yang digariskan oleh Islam.
Dengan meyakini bahawa diri sendirilah yang mempunyai amanah dan tanggungjawab untuk bergerak bagi memakmurkan bumi, jelaslah bahawasanya tiada siapa yang diharapkan untuk melaksanakan tugas Rasul dan para sahabat, melainkan diri sendiri, dengan kesedaran yang dibina atas kehendak dan usaha diri sendiri. Alirkan segala 'ilmu yang dipelajari kepada yang berhak peroleh, jangan sampai di Akhirat nanti ada yang menuntut kepada kita mengapa tidak kita sampaikan Islam kepadanya di bumi dahulu.. nah terus menyebabkan kita disekat daripada memasuki ke dalam Syurga, na'udzubillahi min zalik.

Insya Allah, kita bergerak dalam gerabak yang sama, tujuan yang sama, impian yang sama, dan yang paling penting, mengejar redha Rabb yang sama, maka saling menguatkan antara satu sama lain dan bukan sebaliknya.
Allahul musta'an.
No comments:
Post a Comment