Saturday, January 4, 2014

OASIS 2013 Annas Ma'adin #2


Dakwatuna.

Dakwatuna bermaksud da'wah kita. Dalam berda'wah menyeru manusia kepada Allah s.w.t, pastinya da'wah yang kita bawa itu mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Menurut Imam Hassan al Banna, ana petik daripada karya tulisan beliau dalam "Dakwatuna", da'wah kita perlu terus terang, suci, dan punya kasih sayang.

Terus terang.

Dalam berda'wah, kita perlu berterus terang kepada manusia yang ingin kita sampaikan tentang Islam, agar tiada keraguan dan kesamaran dalam diri mereka. Agar ia menjadi lebih terang daripada pancaran mentari pada siang hari yang terang benderang.

Suci.

Beritahu kepada mereka bahawa da'wah kita ini suci dan bersih, tiada diliputi unsur-unsur kepentingan diri dan kebendaan, hawa nafsu, dan segala bentuk yang bertujuan atas kepentingan sesuatu. Apa yang kita lakukan bukanlah kerana kita mahukan sesuatu daripada mereka, akan tetapi hanyalah kerana Allah. Niat totally keranaNya, tanpa dicemari perkara lainnya. Itulah sebuah kesucian.

Kasih sayang.

Atau rasa hati. Dalam berda'wah, kita juga perlu ada rasa hati. Mengapa kita mahu berda'wah, untuk apa, kepada siapa. Semua persoalan itu perlu dijawab atas dasar kasih sayang kepada mereka. Kita mahu menjadi jiwa-jiwa yang sanggup berkorban kerana ingin menyampaikan risalah Islam kepada mereka, kerana Allah. Kadang pernah kalian rasa betapa sulitnya berada di atas jalan da'wah ini sehingga ia mampu membuat kita mengalirkan air mata? Kerana itu, berda'wah bukanlah suatu perkara yang mudah, dan ia perlukan jihad terhadap harta dan jiwa kita. Allah juga sudah menjanjikan ganjaran kepada jiwa-jiwa yang dahsyat ini. Insya Allah.


Ingatlah bahawa segala ujian dan kesusahan yang dialami sepanjang berada di atas jalan da'wah ini merupakan tanda kasih sayang Allah kepada kita. Allah ingin menguji tahap keimanan dan kesabaran kita.

"...Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan."
Al Anbiyaa' 21:35

-------

Dalam sibuk berda'wah, kadang kita tidak terlepas daripada lupa akan tarbiyah dzatiyah (tarbiyah diri sendiri). Tidak dinafikan, kadang ana juga lupa, lagi parah kalau rasa malas menyelubungi diri. Penyakit kronik yang sangat memerlukan rawatan segera di kalangan para dai'e, iaitu penyakit futur.

Hakikatnya, tarbiyah yakni sebagai input perlu seimbang dengan da'wah, output. Kalau hanya mendapat tarbiyah tanpa menyalurkan, kita patut risau adakah tarbiyah yang kita peroleh akan menjadi ibarat air sungai yang bertakung, tanpa beralir agar dapat dimanfaatkan oleh makhluk lain, seperti tumbuhan, haiwan, hatta manusia sendiri. Air takungan yang tidak mengalir hanya akan terus bertakung sehingga menjadi busuk dan ditumbuhi kulat dan fungi yang merosak.

Pagi hari terakhir daurah, kami dibahagikan kepada 10 kelompok untuk bermuhasabah mengenai muwasafat tarbiyah masing-masing, tetapi kami berkongsi pengalaman dalam kumpulan kecil kami. Mengapa kami merenungkan kembali mengenai muwasafat tarbiyah kami? Agar kami sedar akan kelemahan diri masing-masing dan insya Allah, manfaatkan muhasabah ini untuk memperbaiki diri untuk maslahat masa yang mendatang.

Insya Allah, ramai yang sudah tahu apa muwasafat tarbiyah dan kenapa ia sangat penting untuk tarbiyah kita. Di sini ana sertakan senarai muwasafat tarbiyah.

1. Saliimul 'aqidah (aqidah yang sejahtera)
2. Shahiihul 'ibadah (ibadah yang betul)
3. Matiinul khuluq (akhlaq yang mantap)
4. Qaadirun 'alal kasbi (mampu berdikari)
5. Mutsaqqaful fikri (luas pengetahuan)
6. Qawiyyul jismi (tubuh badan yang kuat)
7. Mujaahidul linafsihi (bermujahadah)
8. Munazhzhom fi syu'unihi (berdisiplin)
9. Harishun 'ala waqtihi (menjaga masa)
10. Nafi'un li ghoirihi (bermanfaat untuk orang lain)

Alhamdulillah, banyak manfaatnya daripada proses muhasabah ini. Sesungguhnya muhasabah itu munasabah. Kalau diikutkan pun memang kita perlu sentiasa muhasabah diri terutamanya sebelum tidur kan? Insya Allah, ada manfaatnya.

-------

Akhlaq muslim dai'e dan muslimah dai'eyah.

"Akhlaq adalah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu." — Imam Ghazali

Menjadi seorang muslim, apa lagi seorang dai'e, tidakkah patut seseorang itu mempunyai akhlaq yang baik yang menyelaputi diri dengan kemas dan cantiknya?

Mengenai kata-kata Imam Ghazali di atas, insya Allah menurut apa yang ana faham, akhlaq itu merupakan sifat yang sudah tertanam dalam jiwa seseorang, yang mana dengan tertanamnya sifat ini, timbullah perbuatan-perbuatan yang baik dan elok dengan mudah, tanpa perlu pertimbangan atau difikirkan terlebih dahulu. Senang katanya, perbuatan-perbuatan baik yang ditonjolkan involuntarily, tanpa dikawal.

Bila diri sudah sebati dengan nilai-nilai Islam, insya Allah, ia datang dalam bentuk perbuatan, kerana sudah tertegaknya fikrah Islam dalam diri seseorang bergelar muslim dai'e / muslimah dai'eyah.

Kalau melihat kepada muwasafat tarbiyah di atas, akhlaq termasuk dalam muwasafat tarbiyah ketiga, iaitu matiinul khuluq - akhlaq yang mantap. Nampak di sini pentingnya akhlaq yang baik kerana ia termasuk dalam tarbiyah kita.

Tidak kiralah kepada siapa — Allah, sesama manusia, hatta diri sendiri, akhlaq yang mantap perlu dijaga.

Contohnya, mengapa kita boleh berakhlaq baik kepada anasir taghyir atau mad'u kita kerana ingin menarik hatinya, walhal dikalangan sahabat kita sendiri, akhlaq itu entah ke mana? Hati sahabat tidak dijaga, disakiti walaupun ia tidak jelas kelihatan. Seorang yang faham, dia tend untuk tidak memperbesar masalah, cuma kita sendiri yang perlu alert. Sebagai seorang dai'e, akhlaq jangan pernah dilupa.

Pokoknya, jagalah akhlaq sepanjang masa.

Mari kita bermujahadah, insya Allah.

Wallahua'lam.


-------

Alhamdulillah, lebih kurang jam 4.30 pagi kami sampai di Jatinangor, Bandung, selepas berada di dalam shuttle selama 12 jam. Alhamdulillah, Allah lindungi kami sepanjang perjalanan. Ana ada juga rasa sebak, tertanya adakah masih berpeluang untuk merasai nikmat bermusafir jauh kerana Allah di bumi Indonesia ini lagi kerana insya Allah tidak lama lagi kami akan back for good.

The sunset.
Yogyakarta | 27 Disember 2013

Tempat OASIS 2013 diadakan.
Asrama Haji Yogyakarta.

Ana bertukar mug dengan ukhti Athirah.

No comments:

Post a Comment