Baru-baru ini, ana diuji lagi dengan sebuah bentuk kegagalan.
Gagal dalam sebuah peperiksaan.
-------
Masuk ke bilik kuarantin. Tenang. Saat itu, ana memang bertawakal kepada Allah s.w.t.
Masuk ke bilik untuk tulis flipcharts. Dengan lafaz bismillah, tangan ana tarik nombor meja sebagai undian, yang mana setiap meja ada case yang berlainan.
Sudah ditaqdirkan ana dapat meja no. 22.
Case asthma.
-------
*di bilik exam, ana present case dengan seriusnya, sambil diperhatikan dua orang doktor lelaki*
"Presentasi kamu udah bagus, fisiologinya, ya udah amat bagus. Kamu tahu kalo ujian ini merupakan sebuah case analysis? Ngapain lagi kalo presentasi nya kamu kurang fokus sama case? Nah, dalam case ini ga usah diceritain mana yang ga relate... (panjang lagi comments pemeriksa ujian). Ini bukan MDE, kalo MDE, saya yakin kamu bisa jawab dengan baik. Maaf, kalo bisa saya mau aja bagi kamu lulus, tapi ga bisa. Cuba lagi ya. Kamu pasti bisa."
"Terima kasih doktor." *sambil lipat flipcharts dengan sebuah senyuman terukir di wajah*
Hanya response itu yang mampu ana berikan. Ana sudah buat yang terbaik. Alhamdulillah, tenangnya ana rasa, subhan Allah. Sangat sangat berbeza dengan cubaan yang sebelumnya. Walaupun ini kali pertama ana kecundang dalam ujian SOOCA, tapi tiada langsung rasa salahkan taqdir mahupun berasa ralat.
Tenang. Tabah. Sabar.
Ana dapat rasakan perbezaan ana dalam menghadapi sebuah kegagalan. Ana tertanya kepada diri sendiri, "Tenangnya kau Rina." Alhamdulillah, ana bersyukur kerana ana mampu bersabar.
Balik whatsapp kakak. Call mak.
Tiada lain yang diberi, tetapi support. Tipu kalau ana tak rasa 'tercuit' sikit dek result itu. Ingin la mengadu kepada family. Alhamdulillah. Allah tambahkan ketenangan yang memang ana sudah rasakan pada awalnya, dengan sokongan keluarga. Kakak kata sabar, mak kata sabar.
"Mak, orang failed SOOCA tadi."
"Yeke.. takpe la. Nak buat camne benda dah lepas, lagipun dah buat yang terbaik kan. Biasalah belajar. Takpe, jangan pernah putus asa. Cuba lagi."
*dalam hati rasa nak peluk kuat-kuat*
Mak ana lah orang yang paling supportive yang pernah ana kenali. Dari sejak sekolah dulu, sampai sekarang, tak kisah la subjek additional mathematics ke, biology ke, chemistry ke, physics ke, apa-apa la yang pernah ana hadapi sebelum ini, mak tak pernah mengeluh hatta menyalahkan ana, tapi terus kuatkan ana.
Ya Allah, sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi ku sejak aku kecil.
Alhamdulillah, remedial SOOCA, ana passed. Perasaan dia lain. Serius.
Jazakumullahu khayran katheera kepada sahabat-sahabat ana yang bagi sokongan, yang cakap jangan sedih terus semangat apa semua.
Ana tak sedih pun la, dan sangat semangat first time nak remed! Hehe.
Ana tak sedih pun la, dan sangat semangat first time nak remed! Hehe.
Pasti ada hikmah semua ini berlaku walaupun ana sendiri tak tahu apa hikmahnya.
-------
Point yang ana nak sampaikan di sini ialah jangan pernah takut akan kegagalan. Andai tiada pahitnya kegagalan, bagaimana mahu rasakan manisnya kejayaan. Kan? Dan yang paling penting, bagaimana kebergantungan kita kepada Allah. Apa Allah takkan uji seseorang, andai Dia tidak mahu test tahap keimanan dan kesabaran seseorang?
Nah. Ujian bukanlah hanya dalam bentuk kegagalan dalam peperiksaan, malah termasuklah kesakitan, kekurangan harta, penggunaan tenaga, pengorbanan masa, dan apa sahaja yang dilakukan keranaNya.
Satu yang ana minta, disebalik ujian yang ana hadapi, iaitu kegagalan, jangan pernah menganggap bahawa masa yang ana gunakan untukNya, seperti usrah, daurah, atau apa sahaja yang ana lakukan keranaNya, dijadikan fitnah atau sebab ana gagal. Wallahi, ana tak rela agama ini dipersalah.
Jangan jadikan kelemahan ana sebagai fitnah kepada agama dan da'wah yang ana bawa.
Yang kurang itu ana, bukan agama. Agama itu sempurna, tetapi ana tidak.
Moga Allah redha segala usaha mereka yang berjuang keranaNya, yang bersusah keranaNya, yang bersabar keranaNya, yang tabah keranaNya, yang bersedih keranaNya, yang kuat keranaNya.
"Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah. KepadaNyalah aku bertawakal
dan hendaklah kepadaNya sahaja orang yang bertawakal berserah diri."
Yusuf 12:67
Dalam membentuk diri untuk menjadi seorang yang hebat, pasti kita perlu mengharungi liku-liku kehidupan yang hebat. Kata nak Syurga Allah, takkan tak boleh diuji. Kenalah jadi kuat sebab dalam Syurga Allah itu penghuninya semua orang yang hebat-hebat!
*err, sentap*
Wallahua'lam.
Wallahua'lam.
Sa’d ibn Abi Waqqas (ra) said:
I said: “O Messenger of Allah, which of the people are most sorely tested?”
He said: “The Prophets, then the next best and the next best. A man will be tested in accordance with his level of religious commitment.
If his religious commitment is strong, he will be tested more severely, and if his religious commitment is weak, he will be tested in accordance with his religious commitment. Calamity will keep befalling a person until he walks on the earth with no sin on him.”
At-Tirmidhi
Rina, subhanallah.. :')
ReplyDeleteSejujurnya saya tak tahu pun yg rina tak lepas sooca hari tu sampailah terbaca entri ni. Alhamdulillah, Allah mudahkan Rina dalam melawan rasa kecewa dan putus asa. <3 :)