Friday, January 3, 2014

OASIS 2013 Annas Ma'adin #1


Alhamdulillah, pada 27-29 Disember 2013, ana bersama rombongan akhawat dari Bandung telah bermusafir ke Yogyakarta, Indonesia, untuk menghadiri sebuah daurah, OASIS 2013. Tiada ucapan lain yang dapat ana ucapkan selain alhamdulillah kerana ana diberi peluang untuk berjumpa dengan akhawat-akhawat hebat, berukhuwwah kerana Allah. Perasaannya, subhan Allah, tak tahu bagaimana nak describe.

Insya Allah, ana nak berkongsi serba sedikit mengenai 'ilmu yang ana peroleh di sana.

-------

Apakah kalian mengerti apa yang dimaksudkan dengan manusia LOGAM?

Logam di sini merupakan sebuah analogi yang mana manusia mempunyai sifat seperti logam. Cuba fikirkan sejenak bagaimana agaknya ciri-ciri logam.

keras, bersinar, mudah cairkan dan dibentuk, sebuah konduktor elektrik yang baik

*keras -- manusia itu kuat, teguh, utuh, tabah
*bersinar -- manusia itu bersinar, mampu menyinari alam ini
*mudah dicair dan dibentuk -- dibentuk menjadi insan rabbani bila ditarbiyah
*sebuah konduktor elektrik yang baik -- manusia mampu mengalirkan berbagai jenis aliran (da'wah) pada kadar pelbagai, kepada penerima yang berbagai

Subhan Allah, itulah kita, manusia. Annas ma'adin. Manusia logam. Terdapat sebuah hadith mengenai ini.

"Manusia ibarat logam, baik di dalam jahiliyyahnya, baik di dalam islamnya, sekiranya mereka faham."
Sahih Bukhari

Bagi menerangkan maksud hadith ini, contoh diberikan ialah mengenai Saidina 'Umar al Khattab. Sirah menceritakan bahawa Saidina 'Umar, khalifah ke-2 Islam selepas Saidina Abu Bakar, merupakan sebuah susuk yang terkenal dengan sifat garang, tegas, dan bengis, yang mana digunakan untuk menentang kaum muslimin semasa zaman sebelum beliau memeluk agama Islam. Namun, setelah memeluk agama Allah, sifat-sifat ini masih berada dalam dirinya, dan beliau manfaatkannya untuk kepentingan agama dalam menentang musuh-musuh Allah. Mengapa? Kerana itulah merupakan logamnya.

Jadi bagaimana kita? Insya Allah, Allah menjadikan setiap daripada kita punya pelbagai perwatakan yang berbeza, dengan kelebihan dan kekuatan masing-masing.

Contoh lain, hari ini kita boleh banyak da'wah yang dilaksanakan menerusi media seperti video tarbiyah. Search saja di YouTube, banyak dan menarik! Ana boleh katakan mereka yang membuat video-video itu mempunyai logam iaitu tahu bagaimana menggunakan softwares Sony Vegas, Pinnacle, Photoshop, dan lainnya. Ya, itu merupakan logam mereka. Biarkan, selagi ia bermanfaat untuk orang ramai. Insya Allah, pahala itu Allah yang beri.

Ini baru mengenai tajuknya sahaja. :)

-------

Rabbaniyatul da'wah.

Rabbaniyah merupakan something that belongs to someone

Let's say orang tanya pada ana, "Enti dari mana?," "Ana dari Malaysia."

Ia menunjukkan yang ana dari Malaysia atau belongs to Malaysia. Ini analogi sahaja.

Jadi, berbalik kepada rabbaniyah tadi, siapa kita? Hamba Allah. That's it. We belong to Allah s.w.t. Ini juga terkait dengan sibghatullah (celupan Allah). Kalau mahu diceritakan menjadi panjang. Antum/antunna boleh la tanya pada murobbi/murobbiyah masing-masing.

Ingat pada post ana sebelum ini mengenai tugas utama kita sebagai khalifah? Tugas untuk menyampaikan risalah Islam. Jadi siapa yang akan membawa risalah itu?

Rabbaniyatul rijal yang akan membawa rabbaniyatul da'wah.

Iaitu pemuda yang rabbani. Pemuda who belongs to Allah, yang mana dalam setiap percakapan, perlakuannya kerana Allah, seperti yang digariskan dalam Qur'an dan hadith. Pemuda yang tercelup dengan celupan Allah. Pemuda yang benar-benar memanifestasikan nilai-nilai Islam.

Terdapat beberapa ciri-ciri asas yang harus dimiliki oleh seorang rijal rabbani.

"Wahai orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah cintai mereka, dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan sesungguhnya Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui."
Al Ma'idah 5:54

Ciri-cirinya ialah
* cinta dan mencintai Allah
* lemah lembut terhadap orang mu'min
* bersikap keras terhadap orang kafir
* berjihad di jalan Allah
* tak takut kepada celaan orang yang suka mencela

Di dalam surah Ali 'Imran terdapat ayat yang mana Allah menyuruh kita untuk menjadi seorang yang rabbani.

"Tidak wajar bagi seorang manusia yang Allah berikan kepadanya al Kitab, al Hikmah, dan kenabian,  lalu dia (nabi) berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku, bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi seorang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan al Kitab dan kerana kamu tetap mempelajarinya."
Ali 'Imran 3:79

Jom! Jadilah rijal yang rabbani iaitu pemuda yang sempurna 'ilmu dan taqwanya kepada Allah, dan memiliki sifat-sifat yang sesuai dengan apa yang Allah harapkan. Dengan kita menjadi seorang rijal yang rabbani, tanggungjawab kita sebagai khalifah dalam menyampaikan akan menjadi da'wah yang rabbani. Insya Allah.

Wallahua'lam.

Nantikan OASIS 2013 Annas Ma'adin #2. Stay tuned. Insya Allah.

2 comments:

  1. Sweetie :)

    Ana juga terkesan dengan kata-kata ini

    "Rabbaniyatul rijal yang akan membawa rabbaniyatul da'wah."

    Meletakkan Allah di atas segala sesuatu, dalam setiap apa yang dilakukan.. Untuk Allah, dari Allah. Rabbaniyyatul rijal :')
    Semoga kita diberi kekuatan untuk menjadi salah seorang daripadanya, insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah:) Kena qowiy mujahadahnya *ikat kain bertulis la ilaha illAllah di kepala* :)

      Delete