Thursday, January 2, 2014

Tidak lain hanyalah seorang pengembara

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Syukur alhamdulillah atas nikmat yang masih ana peroleh sehingga saat ini - iaitu nikmat iman dan Islam.

Dalam kesibukan mengejar kejayaan duniawi, apa lagi sebagai pelajar, terkadang kita leka akan hakikat yang sebenar betapa sementaranya kehidupan dunia ini. Terlalu asyik, hingga lupa akan Rabb.


Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara."
Sahih Bukhari


Dunia yang sementara, tempat persinggahan kita semua.

Untuk apa kita singgah?

Insya Allah, sudah pasti untuk mengumpul bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak. Untuk berjual beli dengan Allah agar kita layak memasuki SyurgaNya yang kekal abadi.

Tahukah kalian bahawa persinggahan kita ini bukanlah tanpa hadaf (tujuan), akan tetapi dalam al-Qur'an sudah termaktub mengenai sebab apa dan mengapa kita di hantar mengembara ke bumi.

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."
Al Baqarah 2:30

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."
Al Dzariyat 51:56

Itulah sebabnya mengapa kita diciptakan dan ditempatkan di dunia ini, ketika jantung kalian sedang berdenyut mengikut sunnatullah pada saat ini - ia tidak lain hanyalah untuk menjadi khalifah dan beribadah kepadaNya.

Kalau melihat makna khalifah itu sendiri bermaksud pemimpin. Maka wajib untuk kita memimpin manusia lainnya. Caranya iaitu dengan menyampaikan yakni berda'wah kepada orang ramai tentang Islam. Ini merupakan sebuah tanggungjawab yang sangat besar dan berat kerana kita boleh dipersoalkan di akhirat kelak oleh orang-orang yang tidak tahu mengenai agama Islam, mengapa kita tidak menyampaikan kepadanya sewaktu di dunia dahulu. Allahu rabbi, takut sangat rasanya.

Sebab kedua ialah beribadah kepada Allah. Sebagai seorang hamba kepada Pemilik kita, apa lagi yang perlu kita lakukan selain menunjukkan ketaatan dan penghormatan kepada Dia yang Maha Tinggi. Hanya Allah yang layak disembah. Dengan beribadah kepadaNya dapat memperbanyak amal dan bekalan untuk hari akhirat kelak, insya Allah.

Pokoknya, jadilah kita sebagai seorang pengembara yang mana tujuannya di dunia ini tidak lain hanyalah untuk mengumpul bekalan untuk tabungan hari esok bilamana kita dikumpulkan di padang Mahsyar kelak untuk dihisab amal masing-masing. Mereka yang berat amalnya, insya Allah ganjaran baik menanti.

No comments:

Post a Comment